Wira Sukan UKM
oleh Nik Fatin Farhah binti Nik Mustapha
Selain pencapaian akademik yang memberangsangkan, sukan juga merupakan satu aktiviti yang dapat membantu pelajar untuk memasarkan diri di dalam dunia kerja. Ramai pelajar yang memberi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menceburi bidang sukan semasa berada di institute pengajian tinggi mahupun awam atau sawsta. Namun, berlainan dengan Ahmad Faiz bin Mohd Noor, pelajar Sarjana Muda dengan Kepujian Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain kriket universiti dan juga merupakan pemain kriket negara. Menurut Faiz, pembahagian masa yang tepat dan disiplin yang tinggi sangat diperlukan bagi memastikan pencapaian akademik dan sukan beliau dapat diseimbangkan.
Ahmad Faiz mula bermain sukan kriket sejak kecil lagi. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai sukan kriket ini melalui ayahnya sendiri iaitu Encik Mohammad Noor bin Shuib yang merupakan jurulatih pasukan kriket negeri Kedah pada ketika itu. Beliau mula terlibat dengan pertandingan kriket ini ketika berumur 10 tahun. Setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang, beliau telah diserap masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2001. Berada di sekolah sukan tersebut, beliau telah menggunakan peluang itu dengan sebaik mungkin dan akhirnya telah berjaya mwakili Malaysia untuk pertama kalinya pada tahun 2004. Setelah itu, kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan apabila beliau berjaya melayakkan diri untuk berada di dalam pasukan negara sehingga sekarang. Memegang tanggungjawab sebagai pembantu kapten pasukan kriket negara dan kapten bagi pasukan kriket UKM telah menjadikan beliau seorang yang bertanggungjawab terhadap pasukan dan diri sendiri. Antara kejohanan besar terbaru yang disertai beliau adalah Kejohanan Sukan Asia (Asiad XVI) di Guangzhou, China pada tahun 2010 dan Asean Cricket Council (ACC) di Dubai pada tahun 2012. Antara kejayaan lain pasukan kriket ialah pada tahun 2010 di kejohanan World Cricket League, pasukan Malaysia berada di dalam divisyen 6, namun di dalam masa 8 bulan, pasukan telah berjaya meningkat dan berada di dalam divisyen 4.
Walaupun sukan kriket merupakan bukan sukan elit di Malaysia, namun itu tidak mematahkan semangat beliau di dalam memajukan sukan kriket di Malaysia. Antara sumbangan beliau di dalam memajukan sukan kriket di Malaysia ialah dengan mengadakan klinik-klinik kriket di sekolah-sekolah yang terpilih. Bagi program ini, beliau telah menjadi ketua pengarah dan penyelia. Program ini dijalankan di atas inisiatif beliau untuk membuat pendedahan kepada pelajar tentang sukan kriket di Malaysia. Antara sekolah yang pernah dilawati bagi program ini ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Menurut Ahmad Faiz lagi, walaupun sukan kriket tidak mendapat tempat setanding dengan sukan elit lain seperti bola sepak dan badminton, ramai yang tidak tahu tentang kecemerlangan pasukan negara di luar. Pasukan kriket Malaysia berada di tangga ke 30 dunia dan merupakan antara pasukan kriket yang terbaik di Asia Tenggara. Selain itu, kahadiran ramai pemain yang berbakat serta bantuan jurulatih luar dapat membantu kejayaan pasukan kriket Malaysia.
Harapan Faiz bagi sukan kriket di Malaysia ialah agar persatuan yang bertanggungjawab melakukan banyak tinjauan dan kajian bagi memajukan sukan ini, menurut Faiz, sukan ini adalah sukan yang bagus kerana ia merupakan satu platform senang kepada pelajar untuk pergi ke luar negara menyambung pelajaran di samping bermain untuk kelab kriket luar. Masalah pada pasukan kriket Malaysia ialah, mereka keurangan pemain untuk bermain di peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau juga berharap Persatuan Kriket Melayu Malaysia dengan bantuan dan kerjasam pemain dapat memajukan sukan kriket ini di Malaysia di dalam jangkamasa lima tahun.