LATAR BELAKANG PENUBUHAN UNIT MAKMAL PELBAGAI GUNA (UMPG)
Sejarah Penubuhan Unit Makmal Pelbagai Guna (UMPG)
Makmal Pelbagai Guna (MPG) diwujudkan seiring dengan penubuhan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang di tubuhkan pada 30hb Mei 1972. Fakulti ini memulakan kursus pra-perubatan di Fakulti Sains UKM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada Mei 1973 dengan pengambilan seramai 44 orang pelajar (39 lelaki dan 5 perempuan).Pengoperasian MPG bermula di bangunan sementara Fakulti Perubatan, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, yang terletak di dalam Kompleks Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada ketika itu, MPG berfungsi untuk menyediakan ruang dan peralatan untuk sesi pengajaran dan amali praklinikal.
Pada tahun 2014, Fakulti Perubatan UKM telah berpindah ke lokasi baharu bersama dengan jabatan-jabatan praklinikal lain di Bangunan Pra-Klinikal Tingkat 7 dan 8 bersebelahan dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM, Cheras, Kuala Lumpur.
Diawal penubuhannya, MPG terbahagi kepada dua, iaitu MPG 1 dan MPG 2 yang masing-masing digunakan untuk menyediakan keperluan amali dan pengajaran untuk pelajar perubatan tahun 1 dan tahun 2. Setelah itu, MPG 1 dan MPG 2 digabungkan menjadi satu entiti dan dikenali sebagai Unit Makmal Pelbagai Guna (UMPG). Selain menyediakan ruang, peralatan, alat radas dan alat kaca, UMPG juga dilengkapkan dengan peralatan audio visual bagi mamaksimakan fungsinya sehingga boleh dimanfaatkan bagi tujuan penyelidikan, penganjuran bengkel dan seminar.
Kampus Kuala Lumpur Bangunan Praklinikal Cheras Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda,
Pada masa ini Unit MPG mempunyai 9 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang kakitangan Akademik (penyelaras), 2 orang Juruteknik Makmal Perubatan, 3 orang Penolong Pegawai Sains, seorang Pembantu Makmal dan 2 orang Pembantu Operasi. Berikut merupakan senarai Penyelaras Unit MPG bermula daripada tahun 1982 sehingga terkini.
- Prof. Madya Dr. Ton So Har
Jabatan Biokimia
1982 -1988
- Prof. Madya Drs Saleh bin Yasin
Jabatan Mikrobiologi
1988-1992
- Prof. Madya Dr. Ramelah binti Mohammad
Jabatan Mikrobiologi
1992-2000
- Profesor Emeritus Dr Sallehudin bin Sulaiman
Jabatan Parasitolgi & Entolomogi Perubatan
2000 -2002
- Prof. Madya Drs Abdullah bin Marwi
Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan
2002- 2016
- En Yusof bin Subuh
Jabatan Parasitlogi & Entomologi Perubatan
2016-2017
- Prof Madya Dr Emelia binti Osman
Jabatan Parasitologi & Entolomogi Perubatan
2017-Kini