Unit Bank Benih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSB) merupakan salah satu unit di bawah Muzium Sejarah Alam, Fakulti Sains Teknologi. Unit ini berfungsi sebagai pusat pemuliharaan dan pemeliharaan sumber genetik tanaman seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran khususnya yang digunakan dalam penyelidikan di UKM. Unit ini menyimpan pelbagai jenis aksesi tanaman termasukla varieti tradisional, varieti liar, kultivar moden dan titisan biakbaka.