2012/11/02 – Larian Sihat 1 Cohort
Larian Sihat 1 Cohort ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dan membina serta merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan kakitangan Projek The Malaysian Cohort.
Selain itu, seiring dengan kejayaan Projek ini mencapai sasaran peserta seramai 100 000 baru-baru ini, diharap dengan penganjuran larian ini juga dapat memberitahu kepada orang ramai mengenai pelaksanaan projek ini dengan lebih meluas. Butir-butir mengenai larian ini adalah pada 2 November 2012, 7:00 Pagi, di Tasik Taman Permaisuri Cheras. jarak larian adalah 3 KM. Pakaian-T-Shirt Hijau TMC & TrackSuit.
Larian ini hanya terbuka kepada kakitangan dibawah projek ini sahaja. Larian ini dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan faktor umur iaitu kategori VIP 30 tahun ke atas (Lelaki dan Wanita) dan Kategori 18-29 tahun (lelaki dan wanita). Penyampaian hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang seperti dibawah:
- VIP (Lelaki) 30 Tahun ↑ 1st – 3rd (Hamper, Medal, Sijil), 4th-10th (Hamper, Sijil), Finisher (Sijil)
- VIP (Wanita) 30 Tahun ↑ 1st – 3rd (Hamper, Medal, Sijil), 4th-10th (Hamper, Sijil), Finisher (Sijil)
- Terbuka (Lelaki) 18-29 Tahun 1st – 3rd (Hamper, Medal, Sijil), 4th-10th (Hamper, Sijil), Finisher (Sijil)
- Terbuka (Wanita) 18-29 Tahun 1st – 3rd (Hamper, Medal, Sijil), 4th-10th (Hamper, Sijil), Finisher (Sijil)
AHLI JAWATAN KUASA
Penyelia / Penasihat-Mohd Arman
Pengurus / Ketua Aktiviti-Andri Dauni
Peralatan / Kelengkapan-Andri , Adi & Mariatul
Refreshment (Sarapan Pagi)-Laili, Noraini
Penjaga Check Point-Salywana, Maya, Ana, Nurin, Rosmawati, Rozaini
Penjaga Penamat Ain/Marina
Penyampaian Hadiah /Sijil-Norma / Nur Amirah
Foto/Video-Hafiez & Idan
Senarai Kehadiran-Shuk & Aizat
Kenderaan-Wan Faisal / Tahirah
KESIMPULAN
Semoga program ini mendapat sambutan daripada semua kakitangan The Malaysian Cohort dan pada masa yang sama dapat merealisasikan objektif organisasi dalam membangun satu pasukan yang kuat, unggul, bertenaga dan mementingkan semangat berpasukan dalam melaksanakan projek kebangsaan.