3 April 2017 – 7 April 2017 – Dewan Dewan Irama Inn, Bachok, Kelantan
Projek The Malaysian Cohort sedang menjalankan Pengumpulan Data Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di ewan Dewan Irama Inn, Bachok (belakang pejabat UMNO Bachok), Kelantan pada 3-7 April 2017.
Lokasi: Irama Inn 2, Lot 1204, D5 Jalan Bachok, 16300 Bachok, Kelantan
No.Tel: 09-778 9567
Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Mei 2012 (5 tahun lalu) melibatkan lebih 400 peserta dari kalangan warga Bachok, Kelantan.
Kami menjemput para peserta yang sama juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:
- UJIAN DARAH & URIN (Glukosa, Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c, Fungsi Buah Pinggang)
- UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
- SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)
Tempoh masa keseluruhan ialah 3-4 jam. Peserta akan susul dan menjalani proses yang sama setiap 5 tahun. Hubungi kami di talian 1 800 88 2007 untuk pendaftaran.