11 Julai 2017 – 13 Julai 2017 – Dewan Semai Bakti Felda Tersang 2, Raub, Pahang Darul Makmur

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di Dewan Semai Bakti Felda Tersang 2, Raub, Pahang pada 11-13 Julai 2017.
Lokasi:
Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Julai 2012 (5 tahun lalu) melibatkan lebih 200 peserta dari kalangan warga warga Felda Tersang
Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:
  1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
  2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
  3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)