Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja Tahun 2024 oleh pihak ROSH UKM

Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menerima kehadiran pemeriksa untuk pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh 2 wakil  ROSH-UKM iaitu Cik Siti Rahimah Umar dan Puan Norlinda Omar. Proses pengauditan turut dijalankan di pejabat Sekretariat Projek The Malaysian Cohort (TMC), Aras 7, UMBI. Pemeriksaan dan pemantauan ini merupakan salah satu aktiviti berkala yang dijalankan oleh ROSH-UKM di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) di UKM.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja di atas kerjasama yang telah diberikan. Segala pandangan dan cadangan penambaikan yang telah diberikan oleh pemeriksa diharapkan dapat membantu TMC melahirkan dan mengekalkan kesedaran di kalangan warga kerja tentang keselamatan  dan kesihatan di tempat kerja.