10 Mac 2017 – 31 Mac 2017 – Dewan 201, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu, Kelantan
Projek The Malaysian Cohort sedang menjalankan Pengumpulan Data Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di Dewan 201, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu pada 10-31 Mac 2017.
Lokasi: https://g.co/kgs/nIJYlb
Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Mei 2012 (5 tahun lalu) melibatkan 1,568 peserta dari kalangan warga Kota Bharu, Kelantan.
Kami menjemput para peserta yang sama juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:
1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)
Tempoh masa keseluruhan ialah 3-4 jam. Peserta akan susul dan menjalani proses yang sama setiap 5 tahun. Hubungi kami di talian 1 800 88 2007 untuk pendaftaran.