14-29 MEI 2018 – DEWAN MASYARAKAT RANAU, SABAH

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 14-29 MEI 2018 – DEWAN MASYARAKAT RANAU, SABAH.
Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada 2011 (7 tahun lalu) melibatkan lebih 700 peserta dari kalangan masyarakat Ranau.

Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)