16 – 27 JULAI 2018 – BALAIRAYA FELDA CHINI 1, PEKAN, PAHANG
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 16 – 27 JULAI 2018 – BALAIRAYA FELDA CHINI 1, PEKAN, PAHANG(Bersebelahan Masjid Chini 1).
Lokasi:
Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada 2011 (7 tahun lalu) melibatkan 642 peserta Gugusan Chini & 294 dari Chini Timur.
Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:
1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)








