16 Januari 2017 – 27 Januari 2017 – Dewan Orang Ramai Serendah, Rawang, Selangor
Projek The Malaysian Cohort sedang menjalankan Pengumpulan Data Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di Dewan Orang Ramai Serendah, Rawang, Selangor pada 16 – 27 Januari 2017.
Pihak projek telah membuat program yang sama di Dewan Orang Ramai Serendah, Rawang, melibatkan 755 peserta dari kalangan warga Rawang, Selangor.
Kami menjemput para peserta yang sama juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:
1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)
Tempoh masa keseluruhan ialah 3-4 jam. Peserta akan susul dan menjalani proses yang sama setiap 5 tahun. Hubungi kami di talian 1 800 88 2007 untuk pendaftaran.
Peta Lokasi: