21 Mei – 24 Mei 2017 – Dewan Maharani, Jln. Stadium (Sebelah Stadium Mini Sultan Ibrahim), Muar, Johor
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di Dewan Maharani,Jln. Stadium (Sebelah Stadium Mini Sultan Ibrahim), Muar, Johor pada 21-24 Mei 2017.
Lokasi:
Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Julai 2012 (5 tahun lalu) melibatkan lebih 327 peserta dari kalangan warga warga Muar.
Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:
- UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
- UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
- SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)
Tempoh masa keseluruhan ialah 3 jam. Peserta akan disusul setiap 5 tahun dan menjalani proses yang sama. Hubungi kami di talian 1 800 88 2007 untuk pendaftaran.