26 FEB.-29 MAC 2018- DEWAN ARENA BELIA, TAWAU, SABAH.

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 26 FEB.-29 MAC 2018- DEWAN ARENA BELIA, TAWAU, SABAH.

Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Nov.2010-Feb.2011 (7 tahun lalu) melibatkan lebih 2,215 peserta dari kalangan masyarakat Tawau.

Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

  1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
  2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
  3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)