Jawatan Kosong: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

Projek The Malaysian Cohort merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira bangsa yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
Taraf Jawatan : Kontrak
Tarikh Tutup Iklan : 7 Mei 2024 hingga 18 Mei 2024

SYARAT LANTIKAN :

  1. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Pokok: RM1,549.00); ATAU
  2. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Pokok: RM1,549.00); ATAU
  3. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Pokok: RM1,855.00); ATAU
  4. Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Pokok: RM1,929.89); DAN
  5. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.

KEMAHIRAN KHUSUS :

Berpengalaman membangunkan sistem maklumat dalam bidang pengaturcaraan dan pangkalan data atau mempunyai kemahiran tinggi dalam pengaturcaraan dan pangkalan data :

  1. Keutamaan kepada :
    1. Mahir dalam ASP.NET/.NET/C#/Codeigniter/PHP 7
    2. MSSQL/MySQL (Microsoft SQL Server)
    3. Javascript / jQuert

Calon-calon dengan pengalaman berikut juga digalakkan memohon :

  1. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang rangkaian dan pernah mengendalikan peralatan rangkaian seperti Internet Gateway, Network Router, Switches, Wifi Access Point dan Network Controller;
  2. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang keselamatan ICT merangkumi semua aspek termasuk keselamatan rangkaian, kawalan akses, keselamatan aplikasi, keselamatan infrastruktur ICT seperti server dan end point devices serta berpengalaman dalam mengendali dan mengurus peralatan keselamatan seperti Firewall dan Anti Virus;
  3. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam infrastruktur ICT termasuk infrastruktur sokongan seperti DNS, Web Proxy dan Active Directory bagi kawalan keselamatan ICT.
  4. Mahir dalam pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan laptop serta peralatan sokongan seperti mesin pencetak, CCTV dan network storage.

Keperluan Tambahan :

  1. Mahir menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat.
  2. Seorang yang komited dan proaktif.
  3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dan Ketua Projek dari semasa ke semasa.
  4. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  5. Mampu bekerja dengan penyeliaan minimum dan dalam satu pasukan.

CARA MEMOHON :

Calon yang berminat dan berkelayakan, sila lengkapkan maklumat diri dan hantarkan resume terkini serta salinan sijil akademik anda dengan mengisi link berikut :

https://forms.gle/BzE7jZifNNhuZbmJ6

Sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh akhir iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-91710415/ talian bebas tol 1-800-88-2007.