JAWATAN KOSONG: PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5

Projek The Malaysian Cohort merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5
Taraf Jawatan : Kontrak
Tarikh Iklan : 11 Disember 2024 hingga 22 Disember 2024

SYARAT LANTIKAN :

  1. Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,650.00); atau
  2. Diploma Kemahiran dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,731.00); atau
  3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,812.00); atau
  4. Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,974.00); dan
  5. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

KEMAHIRAN KHUSUS :

a. Berpengalaman atau berkemahiran dalam mengendalikan ICT. Keutamaan kepada :

  1. Mahir berkaitan komputer dan perkakasan IT.
  2. Mahir dalam rangkaian komputer dan sidang video.
  3. Mahir dalam penyelenggaraan sistem komputer (pencegahan dan penyelenggaraan) dan tugas-tugas aplikasi pengkomputeran serta operasi sistem.

b. Calon-calon dengan pengalaman berikut juga digalakkan memohon :

  1. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang rangkaian dan pernah mengendalikan peralatan rangkaian seperti Internet Gateway, Network Router, Switches, Wifi Acces Point dan Network Controller.
  2. Mempunyai kemahiran teknikal (sokongan dan meja bantuan) berkaitan peralatan, perisian, aplikasi dan rangkaian ICT.
  3. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang keselamatan ICT merangkumi semua aspek termasuk keselamatan rangkaian, kawalan akses, keselamatan aplikasi, keselamatan infrastruktur ICT seperti server dan end point devices serta berpengalaman dalam mengendali dan mengurus peralatan keselamatan seperti Firewall dan Anti Virus.
  4. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam infrastruktur ICT termasuk infrastruktur sokongan seperti DNS, Web Proxy dan Active Directory bagi kawalan keselamatan ICT.
  5. Mahir dalam pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan laptop serta peralatan sokongan seperti mesin pencetak, CCTV dan network storage.

KEPERLUAN TAMBAHAN :

Berpengalaman atau berkemahiran dalam mengendalikan ICT. Keutamaan kepada :

  1. Calon lelaki digalakkan memohon.
  2. Boleh menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat.
  3. Seorang yang komited dan proaktif.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dan Ketua Projek dari semasa ke semasa.
  5. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  6. Mampu bekerja dengan penyeliaan minimum dan dalam satu pasukan.

 

CARA MEMOHON :

Calon yang berminat dan berkelayakan, sila lengkapkan maklumat diri dan hantarkan resume/CV terkini serta salinan sijil akademik dengan mengisi link berikut : https://forms.gle/BzE7jZifNNhuZbmJ6

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh akhir iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-91710415/ talian bebas tol 1-800-88-2007 atau melalui e-mel : rekrut_tmc@ukm.edu.my.