Recruitment Participant
More than 130,000 citizens have volunteered or participated in The Malaysian Cohort Project (TMC). The recruitment phase conducted in more than 180 locations entire Malaysia and our operating center located at the UKM Molecular Medical Institute (UMBI), PPUKM, Cheras. The first phase has taken from 2006 to 2012. While from 2013 until now, we contacted the participants of this project again for the follow-up phase. To date, more than 30,000 participants have undergone a second health examination.
In this phase, we will do the same health screening test as the previous phase of taking blood and urine tests (glucose, lipid/cholesterol, whole blood volume, HbA1c, kidney function), biophysical tests (blood pressure, BMI, ECG, spirometry, blood vessels test) and question-and-answer (Q&A) sessions (health & treatment history, home history, occupation, diet).
Therefore, for individuals who have been participating and have undergone health screening tests with TMC projects, we request cooperation from the participants to contact us again to get a follow-up health screening test appointment. Our goal is to call back all project participants every four and five years to undergoes the same health screening test as before. Any questions can contact us at toll-free number 1 800 88 2007 or 03 9171 0415.
Seramai lebih 130, 000 orang awam yang telah menjadi sukarelawan atau peserta Projek The Malaysian Cohort (TMC). Fasa rekrutmen peserta telah dijalankan lebih daripada 180 buah lokasi di seluruh Malaysia dan lokasi pusat operasi kami adalah di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI), PPUKM, Cheras. Fasa rekrutmen pertama telah di laksanakan dari tahun 2006 sehingga 2012. Manakala bermula pada tahun 2013 hingga kini, kami sedang menghubungi semula peserta projek ini bagi melaksanakan fasa susulan. Sehingga kini, lebih 30,000 orang peserta yang telah disusuli untuk menjalani saringan kesihatan kali kedua. Pada fasa susulan ini kami akan melaksanakan ujian saringan kesihatan yang sama seperti fasa rekrutmen sebelumnya iaitu ujian darah dan urin (glukosa,lipid/kolestrol, kiraan darah penuh, HbA1c,fungsi buah pinggang), ujian biofizikal (tekanan darah, BMI, ECG, spirometri, ujian saluran darah) dan sesi soal selidik (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet).
Justeru bagi individu yang pernah menjadi peserta dan telah menjalani ujian saringan kesihatan dengan projek TMC sebelum ini, kami memohon kerjasama dan jasa baik peserta untuk menghubungi kami semula bagi mendapatkan temu janji ujian saringan kesihatan fasa susulan. Hal ini selari dengan matlamat kami untuk menghubungi semula semua peserta projek setiap empat dan lima tahun bagi menjalani proses susulan seperti sebelumnya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian bebas tol 1 800 88 2007 atau 03 9171 0415.