Ayat Al-Quran boleh bantu tenangkan kanak-kanak autistik

1

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 25 Mac 2016 – Umat Islam dinasihatkan agar tidak menyisihkan Orang Kelainan Upaya (OKU), termasuk kanak-kanak autistik, kata Felo Penyelidik Kanan bersekutu Institut Islam Hadhari (Hadhari) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Fariza Md Sham.

Dr Fariza berkata terdapat ayat di dalam Al-Quran yang dapat ditafsirkan sebagai nasihat untuk memberi perhatian istimewa kepada OKU.

Beliau berkata ini jelas menunjukkan bahawa alasan kelainan upaya tidak boleh digunakan untuk mendiskriminasikan, memulau atau menyisih individu yang berkeadaan sedemikian.

Lazimnya, kanak-kanak autistik menunjukkan tiga jenis tingkahlaku iaitu, masalah kurang mampu bergaul, masalah berkomunikasi dan perangai yang ganjil.

Beliau menerangkan ada di antara mereka yang gemar melakukan satu-satu perkara berulang kali (compulsive behaviour), manakala ada juga yang mempunyai minat yang ganjil dan bersifat agresif sekiranya diperkenalkan kepada sesuatu yang baru.

Katanya, dalam hal ini, pendekatan terhadap agama, iaitu dengan penggunaan Al-Quran, boleh digunakan untuk memberi ketenteraman kepada kanak-kanak autistik.

“Misalnya, bimbing kanak-kanak tersebut supaya membaca Surah Al-Fatihah, dan ayat-ayat Al-Quran yang lain untuk menenangkan mereka,” nasihat Dr Fariza.

ukmnewsportal-bm
2

3