UKM – Universiti Awam Pertama Lancar Aplikasi Mesra@UKM Untuk Pelajar Baru
Oleh Radzuan Ghazali
Foto : Muhamad Izwan Azman
BANGI, 18 Ogos 2018 – Universiti Awam pertama yang terlibat dalam memperkenalkan penggunaan aplikasi pintar untuk pelajar baru yang dinamakan APLIKASI MESRA@UKM sempena pendaftaran pelajar baru sesi Akademik 2018/2019 yang akan berlangsung pada bulan September hadapan.
Majlis Pelancaran MESRA@UKM telah diadakan pada 17 Ogos baru-baru ini di Persada Canselori oleh Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan AlumnI), Prof Madya Dr Roslee Rajikan dan Timbalan-timbalan Naib Canselor lain.
Aplikasi ini akan digunakan oleh pelajar baru untuk mendapakan Informasi berkaitan dengan jadual Minggu Mesra Mahasiswa, lokasi, peta laluan dalam UKM, pelaksanaan 7 domain Dan sebagainya.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Apps Store bermula 15 Ogos 2018. Ia dibangunkan Oleh pelajar UKM dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). MESRA@UKM memberi kebebasan kepada pelajar untuk menerokai UKM tanpa diurus selia oleh Pemudahcara. Para pelajar juga boleh mngetahui jadual perjalanan bas ke setiap kolej atau fakulti melalui aplikasI ini dan memudahkan pelajar merancang pergerakan mereka.
MESRA@UKM juga adalah platform utama bagi pelajar untuk’ memuat naik link video pengenalan diri mereka dan temubual bersama alumni UKM selain memuat video dan gambar semasa program berlangsung seiring dengan Revolosi Industri 4.0. MESRA@UKM adalah satu perubahan besar dalam memecah tradisi pelaksanaan Minggu Mesra Mahasiswa yang memacu Pelajar ke arah teknologi terkini yang relevan dengan kehidupan Masa kini.
Pada Sesi Akademik 2018/2019 ini, UKM dijangka akan mengambil Seramai 3,653 pelajar baru untuk 13 buah fakulti di UKM Bangi, UKM Kampus Kuala Lumpur dan Perubatan UKM di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, 70 peratus adalah perempuan dan 30 peratus Adalah lelaki. Sebanyak 73 program ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjanamuda. Daripada jumlah itu, 47 program sains dan 26 program sastera. Buat pertama kalinya, program Ijazah Sarjanamuda Sains Citra Dengan Kepujian dengan pengambilan 100 calon ditawarkan oleh UKM kepada mahasiswa baru.
Terdahulu, Prof Madya Dr Roslee dalam ucapannya berkata, applikasi berkenaaan adalah pembaharuan yang diadakan dicipta khusus untuk perisitiwa yang bermakna untuk bakal bakal mahasiswa UKM.
Katanya, applikasi ini adalah untuk memberikan mahasiswa baharu peluang untuk menyusun corak pengisian minggu orientasi berbanding dengan kelazimannya dibantu oleh pemudah cara pada sesi lepas sewaktu minggu mesra berlangsung.
“Pada kali ini, juga mahasiswa baru akan memuat video sebagai satu pembaharuan yang UKM lakukan untuk memastikan mereka lebih kreatif dalam mencari jaringan sosial bersama Alumni UKM
Di sini memperlihatkan bahawa UKM berjaya melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam pelbagai bidang selain pendorong dan menyuntik semangat mahasiswa baru UKM untuk memulakan pengajian mereka sehingga menggengam ijazah dengan jaya, kata beliau.
Sementara itu, Naib Canselor, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Berkata, UKM mengalukan seramai 3,653 pelajar baru peringkat ijazah sarjana muda yang akan menghadapi Minggu Mesra Mahasiswa bermula 2 September hadapan bercorak fleksibel dan mesra pelajar diberi kebebasan untuk memilih sendiri Corak pengisian yang diperkenalkan oleh UKM.
Menurut beliau, julung kalinya applikasi dibangun dan diadakan adalah satu pembaharuan memecah tradisi dan kebiasaan apabila mahasiswa baharu menjejejakkan kaki ke universiti dibantu oleh pemudahcara mengikut jadual yang ditetapkan.
Katanya, konsep mentor mentee di antara pelajar baru dan pensyarah turut menjadi highlight sempena minggu mesra mahasiswa bagi boleh membolehkan mereka berhubung dengan pensyarah sebelum sesi pembelajaran bermula untuk memudahkan pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pesekitaran dan kehidupan di kampus tentang aspek akademik yang bakal dilalui oleh mereka.
Saya berharap mahasiswa baru yang bakal menjejajakan kaki ke UKM dapat mengambil peluang menggilap bakat dan potensi diri masing-masing bagi memenuhi citra universiti supaya mereka mempunyai ‘Payung Merah’ masing-masing untuk terus cemerlang dalam pengajian mereka di UKM, ujar beliau.