Majlis penyampaian Sijil MS ISO

SELASA, 28 SEPTEMBER 2010 16:57

BANGI, 28  Sept 2010 – Satu majlis penyampaian Sijil MS ISO 9001:2008 telah diadakan di Bilik Senat UKM semalam.

Ia disempurnakan oleh Naib Canselor , Prof Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabuddin selepas selesainya Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis ringkas itu diadakan sebagai tanda penghargaan/pengiktirafan UKM dan SIRIM kepada Pusat Tanggungjawab (pemilik proses) Sistem Pengurusan Kualiti bagi Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah di atas kejayaan mempertahankan Pensijilan MS ISO 9001:2008 menerusi Audit Pengawasan baru-baru ini.

Ketua Pusat Tanggungjawab mewakili lima pusat pentadbiran pelajar, 12 fakulti dan UKM-GSB, tujuh institut dan Bahagian Pengurusan Akademik telah tampil menerima sijil berkenaan.