37 Pelajar dari Maldives Timba Ilmu Sains Nuklear di UKM

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Fakulti Sains dan Teknologi

BANGI, 27 Julai 2016 – Seramai 37 pelajar dan empat orang guru dari Villa International School, Maldives telah menimba ilmu Sains Nuklear di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin lepas.

Para deligasi telah diberi taklimat dan motivasi oleh Ketua Program Sains Nuklear, Prof Madya Dr Faizal Mohamed sebelum melawat makmal penyelidikan dan makmal pembelajaran Sains Nuklear FST.

Para peserta juga telah menemu bual Prof Madya Dr Faizal sebagai tokoh saintis muda terutamanya berkenaan dengan program Sains Nuklear, UKM.

Hasil lawatan tersebut, mereka telah melahirkan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteaan dan Matematik (STEM) di UKM suatu hari nanti.

Pelajar dari Maldives itu juga sangat teruja dan menghormati UKM sebagai gedung ilmu Islam yang boleh dicontohi oleh negara Maldives.ukmnewsportal-bm

2

1