Anggap Masalah Sebagai Peluang

1
Oleh Engku Shariful Azni
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 3 Mei 2016 – Cuba anggap masalah sebagai peluang apabila berhadapan dengan tugas yang sukar, kata Dr Khairul Nizam Abdul Maulud, juara pertandingan Cabaran Idea Perdana 2016 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Idea-idea yang baik tidak semesti datang dengan mudah; kadang-kadang ia datang apabila kita mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian yang cepat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, di sini baru-baru ini.

Beliau, yang berkhidmat di Institut Perubahan Iklim (IPI), berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan pingat.

Pada perlawanan peringkat akhir, Khairul telah membentangkan ideanya mengenai penyimpanan data secara digital untuk membuat pengurusan data yang lebih cekap, bebanding sekarang yang mana data diuruskan secara manual dalam bentuk salinan kertas.

Walaupun proses untuk mendigitalkan semua data adalah sangat mencabar, Khairul percaya ia akan dapat mempercepatkan proses pencarian maklumat.

Rancangan masa depan beliau adalah untuk mewujudkan suatu pengkalan data digital yang mesra pengguna.

Cabaran Idea Perdana 2016 dianjurkan untuk menggalakkan masyarakat UKM menjana lebih banyak idea untuk menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritis dan kreatif.

17 peserta dari pelbagai bidang diberikan 3 minit seorang untuk membentangkan idea-idea mereka, yang kemudiannya dinilai oleh tiga hakim dari agensi-agensi yang berbeza.ukmnewsportal-bm

2