Audit MyRA®: UKM Berada pada Landasan yang Baik
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 27 Jun 2019 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada dalam landasan yang baik dalam Penilaian Tapak Universiti Penyelidikan bagi pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA®) yang diadakan baru-baru ini.
Ketua Panel Penilai Audit MyRA®, Prof Ir Dr Megat Johari Megat Mohd Noor berkata, ada beberapa seksyen menunjukkan UKM cemerlang dan ada beberapa sekyen yang perlu diperbaiki.
“Secara keseluruhan, saya dimaklumkan oleh penilai-penilai bahawa penyediaan data UKM adalah amat baik. Terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh pihak UKM sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaakn data-data yang dikehendaki.
“Sememangnya penyediaan data-data ini amat berat,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup Audit MyRA di Puri Pujangga, baru-baru ini.
Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, beliau yakin dan percaya apa yang diterima oleh UKM hari ini adalah permulaan yang baik untuk hari-hari berikutnya.
“Saya yakin dan percaya kita semua akan mendapat pengajaran yang baik dalam semua proses dan azam kita adalah Audit MyRA® pada tahun depan akan mendapat pujian dari semua ahli panel,” katanya.
Beliau juga turut berharap Audit MyRA® yang diadakan itu akan memberi markah yang menggembirakan untuk semua warga UKM.