AYVP 2016 Buka Tirai Hari Ini

1

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

BANGI, 1 Ogos 2016 – ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP) 2016 membuka tirai hari ini apabila seramai 50 sukarelawan berkumpul di University of the Philippines (UP) dan beberapa tempat di sekitar Manila, Filipina bermula hari ini sehingga 26 Ogos.

Sukarelawan yang dipilih adalah yang mempunyai semangat tentang isu Pengurusan Risiko Bencana (DRR) dan mempunyai pengalaman dalam pengurusan bencana seperti gempa bumi, banjir, kemarau, taufan dan sangat komited untuk melaksanakan projek yang berpotensi dan dapat memberi manfaat kepada komuniti selain membantu komuniti yang memerlukan.

Program empat minggu itu adalah kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan UP, Ateneo de Manilla University (ADMU) dan De La Salle University (DLSU).

Turut bekerjasama menjayakan program itu adalah U.S. Agency for International Development (USAID), Sekretariat ASEAN, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Suruhanjaya Belia Negara (NYC) Filipina dan Suruhanjaya Pendidikan Tinggi (CHED), Pejabat Presiden Filipina.

Semua peserta dibekalkan dengan kecekapan kepimpinan melalui bengkel dan aktiviti hands-on kerana mereka bekerja dengan pelbagai kaum bagi mencari identiti ASEAN. Mereka juga akan melibatkan masyarakat tempatan dengan isu-isu yang berkaitan dengan DRR.ukmnewsportal-bm
2