Bantuan Melegakan Kesakitan Ibu Menyusu

Untitled-1
Laporan dan Gambar oleh Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 24 Feb 2016 – Seorang pakar bedah payudara mencadangkan mengubah cara yang nanah dari abses atau ulser payudara dikeluarkan, kepada teknik alternatif yang katanya mengurangkan masa rawatan, kurang menyakitkan dan mengurangkan parut.

Dr Norlia Abdullah dari Pusat Pakar UKM memberitahu Portal Berita UKM baru-baru ini bahawa kaedah baru tersebut lebih baik kerana ia menyedut keluar nanah dari kudis itu secara aktif dan lebih pantas, manakala cara biasa cecair keluar hanya secara pasif.

Dr Norlia berkata cara alternatif lebih berkesan untuk ibu-ibu menyusu yang ada ulser lebih besar daripada 5 cm.

Digelar Sistem Saliran Payudara Bernanah (BADIS), dua insisi atau potongan  kecil kira-kira 1 cm panjang dilakukan, serta laluan dibuat antara kedua-dua insisi.

Apabila nanah telah dikeluarkan dari laluan ini, dua tiub saliran  pembedahan dimasukkan, satu di saliran keluar dan lagi satu pada saluran masuk.

Selepas nanah dikeluarkan, rongga diisi hidrogen peroksida pada separuh kekuatan dengan larutan garam, dan ini boleh dilakukan tiga kali sehari selama dua hari akan datang sehingga semua nanah dikeluarkan oleh sedutan.

 “Jika semua berjalan lancar, cecair yang muncul bertukar jelas dan tidak lagi warna nanah. Tiub boleh dikeluarkan dan luka dibalut dengan pembalut kalis air. Pesakit kemudiannya boleh balik dan pembalut luka akan ditukar selepas seminggu,” jelas beliau.

Beliau berkata kaedah biasa adalah merawat kudis bernanah yang besar dengan satu pemotongan dan tunggu sehingga semua nanah mengalir keluar secara sendiri, yang mungkin mengambil masa beberapa minggu.

Kaedah ini, beliau berkata, akan menghasilkan luka yang besar yang memerlukan pembalut ditukar setiap hari pada tempoh beberapa minggu  sebelum pesakit sembuh; mengakibatkan parut hodoh pada payudara.

Beliau percaya bahawa kaedah alternatif dengan saliran serta sedutan adalah lebih berkesan kerana menyedut keluar nanah mengurangkan masa rawatan dan dengan itu, luka boleh sembuh lebih cepat selepas dijahit.

Beliau menegaskan bahawa semua bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati dan kebanyakan doktor mampu melakukan pembedahan kecil yang diperlukan untuk teknik tersebut.

Menurut Dr Norlia, kaedah baru tersebut adalah amat berguna untuk ibu-ibu yang menyusu bayi yang dijangkiti kudis akibat  kaedah menyusu yang salah.

Mereka tidak boleh menunggu terlalu lama sambil menerima rawatan kerana mahu menyusu bayi mereka.

Namun demikian, beliau berkata, bentuk rawatan yang terbaik adalah pencegahan,  dan beliau menasihatkan ibu-ibu muda untuk belajar cara yang betul untuk menyusukan bayi mereka dengan menghadiri klinik pra-natal.ukmnewsportal-bm