Buat Julung Kali, Warga UKM Alami Dunia Forensik Jenayah

forensic1
Oleh Raja Zuha

Foto Hilmi Baba

BANGI, 22 Julai 2015 – Apa yang dilihat di kaca televisyen melalui rancangan CSI dan NCIS yang mengetengahkan dunia forensik adalah fakta yang benar yang digunakan untuk mengesan kematian yang melibatkan kejadian jenayah.

Hal ini telah didedahkan melalui Pameran Sains Forensik 2015 anjuran Kelab Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM di Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mac 2015.

Dalam pameran tersebut, para pengunjung telah melihat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menjejak penjenayah seperti pembentukan acuan tapak kasut dan kaedah mengesan tapak kasut yang dipakai oleh penjenayah dengan menggunakan kaedah elektrostatik.

Selain itu, pameran ini telah menampilkan beberapa cabang aplikasi sains forensik seperti kriminalistik, pengenalpastian cap jari dan tapak kasut, pengenalpastian gentian dan rambut serta entomologi forensik.

Pameran tersebut juga turut mendedahkan simulasi tempat kejadian jenayah dengan lakaran mayat serta bukti-bukti forensik seperti percikan darah dan rambut.

Pada satu sudut gelap, pengunjung diperlihatkan kesan darah dan air mani menggunakan spektrum cahaya pelbagai panjang gelombang. Pengunjung juga turut berasa jijik dan seram melihat serangga berkepentingan forensik mengerumuni ‘bangkai’ yang ada di pameran ini.

Pameran Sains Forensik 2015 yang diadakan buat julung kalinya di UKM bukan sahaja mendekatkan warga UKM dengan sains forensik tetapi berjaya melatih ahli Kelab Sains Forensik meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pengunjung yang berlainan bidang.

Ia juga menjadi medium interaksi yang mana warga UKM dapat mempelajari teknik-teknik asas yang digunakan dalam siasatan jenayah.

Pameran ini bertujuan untuk mendekatkan aplikasi sains forensik kepada warga UKM yang selama ini hanya mendapatkan maklumat berkaitan sains forensik melalui pembacaan dan tontonan di televisyen. Ia juga bukan sahaja merapatkan warga UKM dengan sains forensik tetapi berjaya melatih ahli Kelab Sains Forensik meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pengunjung yang berlainan bidang.

Ia menjadi medium interaksi antara warga UKM bagi mempelajari teknik-teknik asas yang digunakan dalam siasatan jenayah.

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) FSK, Prof Madya Dr Khairul Osman dalam ucapannya mencadangkan agar pameran seperti itu diadakan di pentas yang lebih mencabar seperti di Pusat Sains Negara.

Beliau juga menyatakan rasa bangga dengan pencapaian pelajar dalam menganjurkan pameran tersebut.
ukmnewsportal-bm

forensic2

forensic3