Celcom Axiata Sumbang Cyber Cube di PPTC UKM
Oleh Radzuan Ghazali
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 20 Oktober 2018 – Buat julung kalinya Celcom Axiata Berhad menyumbangkan Sri Gumum Syber Cube di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bakal digunakan oleh komuniti masyarakat orang Asli Tasik Chini.
Selain itu, Celcom turut juga melancarkan Pribumi Mall, sebuah portal jualan online bagi memasarkan produk keluaran orang Asli selain menanam semula seribu pokok di kawasan PPTC UKM Rizab Biosfera UNESCO.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith dalam ucapannya berkata, usaha yang dilakukan oleh Celcom dalam membangunkan infrustuktur komunikasi dan internet untuk memperluakan liputan kepada masyarakat yang berada jauh di pedalaman amat dihargai.
Katanya, usahasama antara Celcom dan UKM wajar diberi pujian kerana ia menjadi contoh kemampuan sebuah jalinan institusi pendidikan dan swasra melaksanakan agenda kesejahteraan masyarakat.
“Saya berasa bangga kerana ia membuahkan hasil dalam kelestarian ekonomi masyarakat setempat tanpa melupuskan elemen permuliharaan alam sekitar.
Usaha sebegini perlu diperluaskan dan akan menerima penyertaan lebih banyak pihak swasta dalam menyokong usaha kerajaan untuk terus memacu negara ke arah kesejahteraan dan kesaksamaan ekonomi”, katanya ketika berucap Melancarkan Sri Gumum Cyber Cube dan Penanaman Semula Poko di Pusat Penyelidikan Tasik Chini baru-baru ini.
Hadi sama, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof Dr Mohammad Kassim; Ketua Perhubungan Korporat Celcom, Zuraida Jamaluddin; Penolong Dekan Makmal Alami merangkap Ketua PPTC UKM, Prof Dato’ Sri Dr Mushirah Idris; Tok Batin Orang Asli Jakun, Batin Awang Alok dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Gumum (JKK), Nashita Dewi.
Eddin Syazlee berkata, usaha-usaha kesejateraan ekonomi penduduk masih perlu diteruskan oleh pihak kerajaan merangkumi penduduk luar bandar seperti pembangunan ekonomi digital yang giat dijalankan oleh pihak kerajaan.
Justeru itu, katanya, empat perkara penting dalam usaha memanfaatkan ekonomi digital perlu dicapai seperti mewujudkan ekosistem digital yang lebih dinamik dengan meningkatnya persaingan dan mencapai sambungan jaringan internet universal, pantas dan murah.
Di samping itu, meningkatkan modal insan menerusi kurikulum dan peluang pembelajaran berterusan; dan menjamin pendapatan cukai digital masa hadapan.
Terdahulu, Prof Dr Mohd Ekhwan dalam ucapannya berkata, program pelancaran majlis ini adalah cetusan idea daripada jalinan strategik antara PPTC UKM dan Celcom sebagai satu progam khidmat masyarakat bagi kedua-dua organisasi untuk masyarakat orang Asli di Tasik Chini.
Katanya, penghargaan diberikan kepada Celcom kerana telah menyediakan kemudahan capaian 4G yang menyeluruh dan dipercayai di kawasan Tasik Chini dalam mendigitalkan kawasan berkenaan.
Kemudahan capaian 4G ini telah membantu penyelidik UKM khususnya dalam pemonitoran kualiti air di tujuh setesn persampalena di sekitar Tasik Chini, kata beliau.
“Kemudahan yang dibangunkan ini dapat memperkasa masyarakat orang Asli bagi membangunkan produk mereka di pasaraya digital selain menyediakan pusat latihan bagi usahawan dalam talian.
Pusat ini juga bakal menyediakan kemudahan e-tuisyen dalam bidang STEM dalam kelas maya fardhu ain selain sebagai pusat Tranning of Trainers di kalangan masyarakat orang Asli dalam pendidikan secara talian oleh penyelidik di Hospital UKM (HUKM)”jelas beliau.
Prof Dr Mohd Ekhwan juga menambah, progam seumpama ini juga adalah satu usaha menyokong Malaysia dalam mengekalkan status UNESCO Biospehere Reserve sebelum penilaian tahun 2020.
Pada majlis yang sama turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UKM dan Celcom yang ditandatangani oleh Prof Dr Mohd Ekhwan dan Zuraida.