Corvid-19: Malaysia Masih Selamat
Oleh Mohamad Arif Haziq Mohamad Musri
Foto Izwan Azman
BANGI, 21 Februarri 2020 – Malaysia masih berada dalam keadaan selamat dan terkawal dari penyebaran wabak Corvid-19 walau terdapat beberapa kes dilaporkan, kata Ketua Sektor Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rohani Jahis.
Beliau berkata, Malaysia masih berada di Fasa 2 iaitu keadaan yang masih selamat, tiada sekatan untuk keluar negara atau menghadiri majlis keramaian dan sebagainya.
“Kita di KKM telah belajar dari kes wabak yang lalu dan telah mengambil langkah kesiapsiagaan yang tinggi dalam mengawal dan mencegah penyakit atau wabak baharu yang muncul dari merebak ke seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel di majlis forum Bicara Persada ke-59 bertajuk Corvid-19, Selamatkah Kita?.
Katanya, hanya tiga kes sahaja di Malaysia yang melibatkan warganegara dan kesemuanya melibatkan pesakit yang mempunyai hubungan langsung dengan warganegara China.
KKM bergiat aktif dalam memantau kes-kes wabak Corvid-19 dari tersebar terutama sekali di Negeri Johor yang berjiran dengan Singapura.
Sementara itu, Ketua Unit Penyakit Berjangkit Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Petrick@Ramesh K. Periyasamy pula menasihatkan rakyat Malaysia supaya menjaga kebersihan dan segera mendapatkan rawatan sekiranya menghadapi simptom-simptom seperti batuk dan sebagainya.
Forum tersebut turut menampilkan Ketua Unit Virologi, Institut Kajian Perubatan KKM, Dr. Ravindran Thayan dan Yang Di-Pertua Kesatuan Mahasiswa UKM, Muhammad Akmal Hakim Adnan sebagai ahli panel, manakala Ketua Pusat Kesihatan UKM, Dr. Mohd. Azman Abas sebagai moderator.