COVID-19: Penyesuaian diri dengan Norma Baru di Institusi Pengajian Tinggi


Oleh Salleh Sulieman

Tidak ada yang menduga akan ada pandemik yang menular di seluruh dunia, walaupun jenis koronavirus yang baharu meletus di China pada awal tahun ini.

Dalam sekelip mata sahaja, rutin harian kerja yang padat jadualnya, dan hujung minggu yang mengamalkan gaya hidup sihat berubah dengan hanya duduk di rumah sahaja.  Slogan ‘stay-at-home’ telah menjadi mantera yang disebut di seluruh media sosial untuk mengingatkan orang betapa bahayanya virus itu.

Musuh yang berbahaya ini dikenali sebagai COVID-19 dan ia telah menjangkiti beratus-ratus ribu orang diseluruh dunia pada Mac 2020. Walaupun diperingkat awal ini vaksin masih belum ada, saintis mencadangkan agar masyarakat mempraktikkan jarak sosial, mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat, menggunakan sanitizer, mengelakkan berjabat tangan, memerhatikan etika batuk dan bersin dan memakai topeng muka untuk mencegah penyebaran virus.

Namun begitu, menjadi satu cabaran apabila pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian virus bagi membantu dalam meratakan lengkuk jangkitan (flattening the curve).  

Ini bukan pilihan tetapi kewajipan untuk dipatuhi.

COVID-19 telah menjejaskan sektor pendidikan tinggi Malaysia dengan serius. Bersama dengan inisiatif kerajaan, pihak pengurusan tertinggi universiti dan kolej-kolej telah mengambil tindakan dengan pantas dalam menerapkan strategi krisis untuk melindungi pihak yang berkepentingan iaitu para pelajar.

Walaupun ada pelajar yang sempat pulang ke kampung halaman, namun ada sebilangan pelajar yang perlu tinggal di kampus menyebabkan perasaan takut dan bimbang dalam kalangan ibu bapa. Pihak pengurusan telah bertindak dalam memberikan makanan dan keperluan asas yang lain kepada pelajar yang tinggal di dalam kampus dan memastikan semuanya terkawal.

Bagi memastikan sesi akademik dapat diteruskan dalam norma kehidupan yang baharu dalam jarak sosial dan PKP, pembelajaran dalam talian telah dilaksanakan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Pada masa akan datang, terdapat dua acara utama tahunan yang utama akan dijalankan iaitu pendaftaran dan orientasi pelajar baru; dan majlis konvokesyen yang diadakan secara gemilang, mungkin akan ada perubahan dalam prosedur biasa kerana dua acara besar ini melibatkan perjumpaan sosial yang besar dan perjalanan ke luar negara. Universiti perlu memikirkan semula bagaimana majlis ini dapat dijalankan sambil mematuhi norma baharu kerana tiada jaminan bahawa virus itu akan hilang walaupun penutupan dan penyekatan (lockdown) telah dilonggarkan.

Ini merupakan satu cabaran besar bagi universiti kerana akan berlaku perubahan besar tentang operasi biasa dalam pendaftaran, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, seminar, persidangan, mesyuarat dan konvokesyen pelajar yang akan berubah.

Perhimpunan besar, pekerja di dalam makmal, majlis yang melibatkan hadirin yang ramai seperti seminar dan persidangan, kini sudah berlalu. Kehidupan dan amalan norma baharu yang perlu diterapkan oleh semua orang di institusi pengajian tinggi sekarang adalah mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan yang tinggi. Ini akan terus menjadi amalan harian orang ramai, terutamanya di institusi pengajian tinggi.

Ibu bapa mesti yakin dengan kewibawaan institusi pengajian tinggi yang telah mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membendung virus daripada merebak ke komuniti kampus. Ini adalah fakta penting bahawa institusi pendidikan tinggi telah mengambil langkah yang serius dan mereka tidak mempunyai pilihan, sebaliknya menerima perubahan dan norma baharu COVID-19 membawa manusia untuk melindungi pihak berkepentingan iaitu pelajar dan staf.