Dokumentari Ulama Nusantara dilancar di Indonesia

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

JAKARTA, 3 Ogos 2016 – Dokumentari Ulama Nusantara yang merupakan hasil penyelidikan ahli akademik dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilancarkan di Indonesia semalam.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE 2016) di Jakarta.

Dokumentari 13 episod itu akan ditayangkan di TV3, Malaysia dan MetroTV, Indonesia, Oktober ini.

Dokumentari berbentuk travelog itu adalah hasil kerjasama antara FPI dengan Primeworks Studios.

Ulama Nusantara adalah dokumentari yang berkongsi maklumat tentang perkembangan Islam di kepulauan Melayu melalui laluan rempah sehingga mampu berintegrasi dengan masyarakat tempatan terutamanya melalui pendidikan dan kebudayaan.

Ia akan membawa penonton ke beberapa lokasi yang menjadi tapak kerajaan Islam di Nusantara, serta menjejaki dan mengimbau kembali kisah ulama tersohor di rantau ini.ukmnewsportal-bm
2