Fenomena Angkasa Yang Akan Dilihat Tidak Lama Lagi

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pix Abd Ra’ai Osman dan WikiCommons

BANGI, 2 Mac 2016 – Tahun 2016 menyaksikan pelbagai fenomena kosmik yang dapat dilihat di ruang udara Malaysia, termasuk gerhana separa matahari, hujan batuan angkasa atau Meteor Shower dan kejadian Super Moon, menurut Agensi  Angkasa negara (ANGKASA).

Yang pertama kelihatan adalah gerhana separa matahari dan ANGKASA akan menganjurkan satu sesi pencerapan khas untuk fenomena tersebut pada 9 Mac, di Planetarium Negara di Kuala Lumpur berhampiran Masjid Negara.

ANGKASA merancang untuk menyediakan kira-kira 20 teleskop di balai cerap untuk orang ramai, dilengkapi dengan penapis kanta khas supaya tidak merosakkan mata pemerhati.

“Gerhana matahari separa berlaku apabila Bulan berada antara Matahari dan Bumi, tetapi tidak dalam barisan garis lurus sempurna. Oleh kerana itu, Bulan kelihatan hanya sebahagiannya meliputi cakera Matahari. Walau bagaimanapun,  jangan sekali-kali pun anda melihat gerhana, walaupun ia gerhana separa, dengan mata kasar,” kata Mohd. Fairus Asillam, Ketua Penyelidikan dan Pendidikan saintifik ANGKASA, di Forum Galaxy Asia Tenggara Malaysia 2016 yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini pada 27 Feb.

Fairos berkata gerhana separa matahari akan diikuti dengan beberapa  fenomena kosmik lain pada tahun 2016.

Beliau menghitung bahawa pada 7 Mei kejadian hujan Meteor Eta Aquarid, akibat  Bumi melalui debu yang dikeluarkan oleh Komet Halley, akan dapat dicerap jika tidak ada bulan kelihatan, dan pada 22 Mei planet Marikh akan menghampiri Bumi pada jarak paling dekat.

Kemudian pada 13 Ogos, satu lagi hujan meteor dikenali sebagai hujan meteor Perseids akan berlaku, yang beliau menjelaskan dikaitkan dengan komet Swift-Tuttle.

Ia dipanggil hujan meteor Perseids kerana kawasan yang ia memancar dari satu titik, terletak pada buruj Perseus.

Pada 9 Mei Mercury Transit  yang mana planet Utarid melintasi Matahari berlaku ketika planet itu berada di antara Matahari dan Bumi, dan ia kelihatan sebagai titik hitam kecil bergerak pada permukaan Matahari.

Bagaimanapun, kata beliau Transit Utarid tidak akan dapat dilihat di Malaysia tetapi hanya di Eropah.

Selain itu, fenomena Super Moon akan berlaku pada 14 November, apabila bulan akan berada pada jarak terdekat dengan bumi, atau Perigee dan kelihatan lebih besar daripada biasa.ukmnewsportal-bm
02

03