Governans Baik Ubat Mujarab Bagi Penyelesaian Masalah – Dr Jomo Kwame Sundaram
Oleh Siti Lailatul Mastura
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 2 Oktober 2019 – Governans baik dianggap sebagai satu ubat mujarab (miracle cure) yang dapat menyelesaikan masalah dan cabaran pembangunan masa kini, kata Penasihat Kanan Khazanah Research Institute (KRI), Dr Jomo Kwame Sundaram.
Beliau berkata, pendekatan governans yang mencukupi untuk pembangunan adalah satu pendekatan yang lebih pragmatis dan realistik yang patut dimanfaatkan.
“Konsensus Washington berkongsikan pandangan dimana governans yang baik dikatakan akan menyelesaikan kegagalan pasaran.
“Dua aspek pendekatan governan yang baik ialah elakkan politik yang akan sentiasa mencari labour (buruh) dan juga birokrat dalam pentadbiran awam serta atononomi bagi kuasa teknokrat patut diberi kepada mereka yang mementingkan kepentingan negara dan bangsa,” katanya semasa menyampaikan Syarahan Canselor Tuanku Muhri Ke-4 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.
Beliau berkata, contoh governans yang baik ditekankan oleh Konsensus Washington bagi negara-negara maju dimana pemerintahan yang wujud amat berbeza dalam negeri-negeri yang sedang membangun.
Selain itu, Bank Dunia dan The Organisation for Economic Co-operation tidak mengambil kira sejarah dan keadaan sebenar kerana mereka mengandaikan negeri maju mempunyai governans yang maju, negeri yang mundur pula sebaliknya.
“Penting kita mengambil kira konteks dan keadaan sekeliling sesuatu pemerintahan untuk kita faham apa yang kurang dalam negara dan juga governans yang baik disamakan dengan governans yang tiada ciri rasuah,” katanya.
“Dengan ini, saya harap dapat meyakinkan para hadirin pentingnya kita memikirkan governans, bukan hanya meniru acuan yang disediakan oleh pihak lain tetapi memikirkan governans yang sesuai dengan konteks dan cabaran yang kita hadapi bersama,” katanya
Beliau yang juga salah seorang ahli majlis Penasihat Ekonomi pernah mengarang dan menyunting lebih daripada 100 buah buku dan juga mengalih Bahasa 12 buku selain dari menulis pelbagai manakala ilmiah dan media.
Majlis Syarahan Canselor ke-4 ini dihadiri oleh Canselor UKM, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Turut berangkat bersama, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani.
Hadir sama, Pengerusi UKM, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Naib Canselor UKM, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan fakuiti, para pegawai kanan Universiti dan jemputan.