KASA Serah Surat Lantikan Perundiangan Kajian Dasar Air Negara kepada UKM Pakarunding


Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

PUTRAJAYA, 7 Oktober 2021 – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyerahkan surat lantikan perundingan secara tender terbuka bagi Kajian Dasar Air Negara kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui UKM Pakarunding (UKMP).

Ketua Setiausaha KASA, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata lantikan itu dibuat selaras dengan RMK-12 (2021-2025) yang telah diumumkan kerajaan pada minggu lepas yang menggubal wawasan kemakmuran bersama yang menjurus kepada perkara-perkara pokok seperti kesejahteraan rakyat serta bekalan air yang berkualiti, permintaan air yang mencukupi, sungai yang bersih serta pengurusan air yang cekap dan efisyen.

“Selain itu, fokus utama Transformasi Sektor Air 2040 adalah memperkukuhkan pelaksana Integrated Resource Management yang bertujuan untuk memaksimumkan keberhasilan sosial ekonomi yang saksama dan kelestarian ekosistem.

“Justeru, Kajian Dasar Air Negara ini diharap dapat membantu Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menguruskan air untuk faedah rakyat dan juga alam sekitar, dengan mengambil kira secara terperinci peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pengurusan air,” katanya di Majlis Penyerahan Surat Pelantikan UKMP Bagi Kajian Dasar Air Negara, di sini semalam.

Beliau berkata dasar itu juga akan menghasilkan pengurusan air yang lestari. Selain itu, ia juga akan menghasilkan pengkhususan yang akan dibuat semasa penyediaan perancangan pembangunan pelan kecemasan dan juga pembangunan tanah dengan mengambil kira pengurusan air yang holistik.

“Tahniah kepada UKM atas pelantikan ini dan saya harap pelantikan ini akan dapat memberikan kita garis panduan pengurusan air untuk masa depan.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata pelantikan itu akan menjadi satu titik permulaan yang besar dalam pengurusan sumber air di Malaysia.

“Lantikan perundingan ini adalah satu contoh terbaik kerjasama pihak universiti dan kerajaan. Ini membuktikan kepakaran universiti bukan hanya tertumpu dalam dewan kuliah sahaja, sebaliknya ia mampu disebarluaskan untuk manfaat bersama kepada seluruh komuniti,” katanya.

Beliau berkata  Kajian Dasar Air Negara itu diharap akan menyatukan pengurusan sumber air, perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

“Kajian ini juga akan memastikan sumber air yang mencukupi untuk semua sektor serta mengenal pasti pendekatan baharu dalam merawat dan mengguna sumber air alternatif.

“Semoga melalui sinergi ini dapat memastikan matlamat membekalkan air bersih kepada setiap pengguna dapat dicapai dengan jayanya,” katanya.

Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan turut merakamkan ucapan penghargaan kepada KASA kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada UKM untuk mengembangkan jaringan kerjasama dengan kerajaan untuk faedah rakyat dan alam sekitar.

Hadir sama Pengerusi UKM Pakarunding Sdn Bhd, Prof. Dato’ Ir Dr. Mohd Marzuki Mustafa.

Pengerusi UKM Pakarunding Sdn Bhd- Dato Marzuki Mustafa

Dato Seri Zaini Ujang

Kerajaan telah melancarkan RMK ke-12, 2021-2025 pada minggu lepas yang menggubal wawasan kemamuran bersama menjurus kepada perkara2 pokok kesejahteraan rakyat serta bekalan air yang berkualiti, bekalan dan permintaan air yang mencukupi, sungai yang bersih, pengurusan air yang cekap dan efisyen. Selain itu, transformasi sektor air 2040 juga telah dilaksanakan seiring air

Fokus utama water sector transformassion 2040 ini ialah memperkukuhkan pelaksana integrated recourse management yang bertujuan untuk memaksimakan keberhasilan sosial ekonomi yang saksama dan kelestarian ekosistem. Justeru Kajian Dasar Air Negara ini diharap dapat membantu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam pengurusan air untuk faedah rakyat dan juga alam sekitar. Dasar ini juga akan menghasilkan pengurusan air yang lestari. Selain itu, dasar ini juga akan menghasilkan pengkhususan yang akan dibuat semasa penyediaan perancangan pembangunan pelan kecemasan dan juga dan pembangunan tanah dengan mengambilkira pengurusan air yang holistik. Tahniah kepada UKM atas pelantikan ini dan saya harap pelantikan ini akan dapat memberikan kita garis panduan untuk masa depan.

Saya harap lantikan perundingan secara tender terbuka bagi Kajian Dasar Air Negara hari ini akan menjadi satu titik permulaan yang besar dalam pengurusan sumber air di Malaysia. Ianya bukanlah satu kerjasama baharu UKM bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air. Sebagai contoh projek yang melibatkan kerjasama bersama pihak KASA yang sedang dijalankan adalah Semakan Semula Dasar Alam Sekitar Negara 2002 dan Penyediaan Deraf DASN  serta Pembangunan Kerangka Undang-Undang Perubahan Iklim Negara.

UKM Pakarunding merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan perundingan dengan kepakaran pensyarah universiti serta kerjasama pihak luar dalam pelbagai bidang. Lantikan perundingan ini adalah satu contoh terbaik kerjasama pihak universiti dan kerajaan. Ini membuktikan kepakaran universiti bukan hanya tertumpu dalam dewan kuliah sahaja. Sebaliknya ia mampu disebarluaskan untuk manfaat bersama kepada seluruh komuniti.

Kajian Dasar Air Negara ini diharap akan menyatukan pengurusan sumber air, perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Kajian ini juga akan memastikan sumber air yang mencukupi untuk semua sektor serta mengenal pasti pendekatan baharu dalam merawat dan mengguna sumber air alternatif.

Dasar ini juga diharap dapat membantu Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menguruskan air untuk faedah rakyat dan juga alam sekitar, dengan mengambil kira secara terperinci peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pengurusan air. Semoga melalui sinergi ini dapat memastikan matlamat membekalkan air bersih kepada setiap pengguna dapat dicapai dengan jayanya.

merakamkan ucapan penghargaan buat pihak KASA kerana memberi kepercayaan kepada kami dan memberi peluang kepada UKMP untuk mengembangkan jaringan kerjasama dengan kerajaan untuk faedah rakyat dan alam sekitar.