Konsert DiRaja UKM 2017 Himpunkan 60 Pemuzik Orkestra DBKL


Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman & Md Noor

BANGI, 18 Februari 2017 – Konsert DiRaja 2017 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan berlangsung pada 18 Februari ini akan menghimpunkan seramai 60 pemuzik orkestra dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebanyak 11 lagu termasuk muzik instrumental akan diperdengarkan dan enam daripadanya akan dinyanikan oleh dua artis jemputan iaitu Dato’ Nash dan Siti Nordiana.

Selain dua artis jemputan, empat pelajar UKM turut akan membuat persembahan dengan nyanyian solo dan duet.

Pada malam itu, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz akan berduet dengan Prof Snezana Panosvska membuat persembahan piano melalui dua buah lagu.

Semua lagu yang akan didendangkan pada malam tersebut adalah hasil gubahan Dato’ (Dr) Johari Salleh dan Mohamad Adzan Mohd Fadzil dari DBKL.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang juga Canselor UKM berkenan mencemar duli ke konsert tersebut bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.