Kursus Bahasa Parsi Ditawarkan Di UKM
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman
BANGI, 5 April 2016 – Bahasa Parsi akan ditawarkan sebagai kursus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai bulan September, kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dato’ Ir Dr Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat.
Timbalan Naib Canselor tersebut berkata UKM mengakui kepentingan kerjasama dengan pelajar Iran dan ahli akademik kerana mereka memainkan peranan yang semakin penting dalam penyelidikan saintifik di Asia Timur.
UKM kini menjadi tuan rumah kepada pelajar-pelajar Iran iaitu lima pelajar di peringkat sarjana muda, 16 di peringkat Sarjana dan 100 di peringkat PhD.
UKM juga mempunyai dua kakitangan akademik dan 10 penyelidik pasca kedoktoran dari Iran.
Sementara itu, penasihat saintifik Iran di Asia Timur, Abbas Ghanbari Baghestan berkata negara tersebut berhasrat menubuhkan kursi tetap bahasa Parsi di Malaysia.
Beliau turut merujuk kepada mempromosikan bahasa Parsi sebagai salah satu misi utama badan penasihat saintifik tersebut.
Sesi perkongsian pengetahuan sehari itu dianjurkan bersama oleh Pusat Pengajian Siswazah UKM dan Kaunselor dan Pengarah Persatuan Saintifik Pelajar Iran di rantau timur.