Mahasiswa Akan Ditempatkan Di EKS Sebagai Perunding
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 15 Jun 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), melalui Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Enterpris Kecil dan Sederhana diamanatkan sebagai pelaksana rancangan untuk meletakkan mahasiswa untuk bertindak sebagai perunding dengan syarikat kecil dan sederhana (EKS).
Pengarah UKM-CESMED Prof Madya Datin Dr Shamsubaridah Ramlee berkata modul yang UKM cipta membabitkan pelajar mula ditempatkan pada beberapa suarikat terpilih selepas peperiksaan akademik mereka.
“Kami mahu meletakkan pelajar-pelajar kita dalam EKS dan syarikat mikro, dan berharap majikan tidak akan merasa kecewa,” katanya ketika memberi taklimat kepada kira-kira 50 pensyarah dari 10 universiti tempatan yang mengambil bahagian dalam program untuk melatih usahawan pelajar, di Seremban pada 14 Mei lalu .
Beliau berkata program Training-Of-Trainers (ToT) ini disertai ahli akademik untuk mengambil bahagian dalam kursus penyediaan program untuk pelajar-pelajar mereka apabila mereka kembali ke universiti masing-masing.
“Anda perlu melatih mereka untuk menguruskan modal kerja dan aliran tunai mereka, jadi mereka mesti memahami semua aspek perniagaan yang mereka mengambil bahagian,” jelas beliau.
Menurut program pelatihan yang telah dilaksanakan, mahasiswa perlu menjadi teliti arif tentang syarikat dan pemiliknya.
Program ini seterusnya menyatakan bahawa usahawan pelajar perlu membuat diagnosis masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dan mencadangkan penyelesaian di bawah seliaan pensyarah mereka.
“Adalah kepakaran kami untuk membantu pelajar, menyediakan pelan perniagaan, menyelia pelaksanaan dan melakukan kajian kes,” katanya.
Antara kajian kes yang akan dilakukan adalah siasatan sama ada syarikat-syarikat kecil membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Berikutan itu, kajian kes juga akan meneliti sama ada GST memberi kesan terhadap firma kecil.
Pelajar-pelajar dan pensyarah akan berpandukan modul yang telah disediakan oleh akauntan dan disemak oleh CESMED.
“Kemungkinan besar, pelajar akan berkhidmat dengan perniagaan mikro yang perniagaan teras adalah makanan, tetapi apabila anda bertanya model perniagaan mereka, mereka menjawab tiada sebarang model,” jelasnya.
Beliau berkata cabarannya adalah bagi ‘Siswapreneur’ menyediakan Pelan perniagaan yang wajar untuk syarikat-syarikat terbabit.