Mahasiswa UKM Hebat – Naib Canselor

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 3 Sept 2015 – Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pelajar yang terpilih dan hebat kerana tampil bersama-sama universiti melibatkan diri dalam program penting universiti.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata penglibatan pelajar dalam program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) adalah sesuatu yang perlu dihargai dan menganggap pelajar-pelajar yang memilih dan terpilih untuk menjadi fasilitator 3M adalah mahasiswa yang hebat.

“Kali ini semangatnya berbeza kerana kita nak lihat kesungguhan warga UKM melibatkan diri dalam program universiti. Kita merasakan bahawa kemasukan pelajar baharu dan kehadiran ibu bapa ke UKM pada kali pertama semasa menghantar anak mereka adalah satu hari yang amat penting dalam proses pembentukan seorang graduan UKM,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program Patriotisme ‘Saya Sayang UKM’ di sini pada 27 Ogos 2015.

Beliau berkata apabila UKM menerima kehadiran pelajar baharu, beliau yakin fasilitator-fasilitator yang terpilih untuk mengendalikan program 3M telah bersedia dan mempunyai semangat yang paling tinggi.

Katanya program 3M bukanlah program yang ringan tetapi ia merupakan satu program yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana fasilitator yang akan menjadi antara orang pertama yang mula mencorakkan pemikiran dan harapan pelajar baharu.

You are the one who probably will give explanation dan meyakinkan kepada pelajar-pelajar bahawa UKM adalah sebuah universiti yang istimewa dan hebat. You carry a very important responsibility.

“Saya nak anda melihat pembelajaran dan pengalaman di universiti sebagai satu tempoh yang istimewa dalam hidup bagi menjadikan diri anda sebagai seorang yang istimewa.

“Kalau anda merasakan you are nothing, itu salah kerana you are something! Anda adalah pelajar-pelajar yang terpilih yang diberi peluang istimewa untuk berada di sebuah univeristi yang dibina atas keinginan dan hasrat rakyat,” katanya.

Prof Noor Azlan berkata tidak ada universiti lain yang boleh menandingi dari segi sejarah penubuhannya selain dari UKM itu sendiri yang menjadi pendaulat amanah negara.

“Kalau dalam bidang-bidang kepakaran yang membantu negara, UKM mempunyai sejarah yang amat luar biasa. Kalau kita pergi ke Langkawi dan tengok Langkawi Geopark, itu adalah wajah UKM keseluruhannya. Orang seronok tengok Langkawi Geopark tetapi mereka tidak menyedari bahawa UKM lah yang berusaha sepenuhnya untuk membangunkan status geopark tersebut,” terangnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau menasihatkan mahasiswa supaya mengambil peluang untuk membina diri semasa berada di universiti.

You need to build your characters and shape the mind sets because after this you will be competing with other students,” tegasnya.

Katanya setiap tahun, setiap kali selepas konvokesyen, kira-kira 100,000 pelajar seluruh negara akan mencari peluang untuk memasuki pasaran pekerjaan dan mencari ruang untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan.

So you have to compete with them dan membina kelebihan yang ada dalam diri masing-masing. Anda sedang memasuki lombong emas kerana anda telah memasuki universiti yang terkemuka, ternama dan hebat,” tambah beliau .ukmnewsportal-bm

2

3

4

5