MASUM Fasa 1: UKM Sasar Tempat 10 Terbaik

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 17 Ogos 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mensasarkan tempat 10 terbaik dalam Karnival Sukan Majlis Sukan Univesiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2016 yang akan berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 20 hingga 27 Ogos ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal berkata semua atlet perlu mempamerkan kesungguhan yang jitu dalam setiap sukan yang diwakili bagi meletakkan nama UKM di persada sukan.

“Cabaran sebagai universiti ‘senior’ pastinya mendatangkan rasa gerun terhadap universiti lain. Bertanding dalam keadaan siap sedia dan dengan penuh kesungguhan dapat memberi keputusan yang luar biasa serta membanggakan,” katanya semasa Majlis Penyerahan Bendera Kontijen UKM Karnival Sukan MASUM Fasa 1 di sini semalam.

Beliau berkata semua atlet perlu bertanding dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi, serlahkan segala keupayaan dengan bakat yang ada dan perlu sentiasa mengekalkan disiplin serta intigriti yang tinggi dalam setiap acara yang disertai.

“Imej dan nama UKM perlu dijulang, tingkatkan kesefahaman serta jaringan setiakawan dalam kalangan atlet dari universiti lain dan sentiasa jadikan sukan sebagai inspirasi untuk lebih cemerlang,” jelasnya.

Untuk fasa pertama, UKM akan menghantar 69 atlet dan 20 pegawai bagi menggalas cabaran UKM pada karnival MASUM kali ini.

Atlet-atlet itu akan mewakili lima acara iaitu ragbi, bola tampar lelaki, tekwando, boling padang dan sepak takraw.ukmnewsportal-bm
3

2