Membetulkan Salah Faham Mengenai Dialog Antara Agama

08
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 16 Dis 2015 – Rakyat Malaysia tidak harus menyembunyikan atau mencairkan iman mereka demi Dialog Antara Agama.

Mereka juga perlu menghormati antara satu sama lain hak penganut agama masing-masing dan bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai agama lain.

Muafakat tersebut terserlah pada Forum Program Pemahaman Antara Agama anjuran Institut Kajian Etnik (KITA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini pada 5 Disember lalu.

Ia dipengerusikan oleh Felo Utama KITA Prof Dr Ong Puay Liu dan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Dr Imran Ho Abdullah.

Ho Khek Hua, Pengarah Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (IKLIN, JPNIN) memulakan perbincangan dengan menggambarkan Malaysia sebagai ‘Makmal Hayat’.

“Kami amat kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama. Pengetahuan kita yang telah diperolehi akan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Kita perlu membina jambatan telus dan megenepikan kebimbangan kita,” katanya.

Para peserta lain forum antara agama tersebut ialah Yana Rizal dari Projek Dialog, Dr Amir Farid Ishak, Pengerusi Interfaith Spiritual Fellowship Malaysia (INSAF) dan Presiden Pure Life Society (PLS) Datin Paduka Mother A Mangalam.

Dr Amir membangkitkan perkara asas mengenai pehamanan antara agama.

“Perkara pertama adalah bahawa bagi menganggap agama anda adalah benar, dan satu-satunya yang kebenaran. Itulah apa yang saya percaya mengenai Islam. Islam adalah satu-satunya agama dan anda tidak perlu menyembunyikan iman anda, menyingkirkan atau mencairkannya demi dialog antara agama.

“Tetapi anda jangan memaksa kepercayaan anda kepada orang lain. Anda mesti menghormati hak orang lain untuk menyatakan perkara yang sama mengenai agama mereka sendiri. Anda perlu bersedia untuk tidak bersetuju tentang agama mereka.

“Mereka yang tidak faham agama-agama yang lain adalah orang yang sentiasa bertelingkah,” jelas beliau.

Dr Amir menyeru lebih ramai generasi muda mengambil bahagian dalam dialog antara agama.

“Kami sangat memerlukan peserta dari kalangan remaja, kerana INSAF semakin menjadi sebuah organisasi orang berusia. Adakah rakyat Malaysia bersedia untuk dialog antara agama,” katanya.

Yana Rizal, seorang aktivis dengan Projek Dialog, program jangkauan sosial untuk menggalakkan perbincangan lanjut dan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia mengenai isu-isu agama, budaya dan sosio-politik, berkata mereka yang cenderung berinteraksi dengan orang lain, biasanya akan memahami pandangan lain.

“Toleransi bukan istilah yang sesuai kerana ia membayangkan yang seseorang itu membenci agama lain tetapi memendamkan perasaan.

“Dialog antara agama bukan bermakna ramah mesra bersama-sama di majlis mana mereka mempunyai makanan dan lagu-lagu yang sama. Ia adalah mengenai bagaimana anda mendekati dan menangani perbezaan ini. Jika anda tidak tahu tentang itu, anda perlu bertanya. Kita mungkin tidak mempunyai jawapan untuk segala-galanya,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa dialog antara agama harus bermula di pucuk pimpinan.

“Adalah baik jika pemimpin-pemimpin memperjuangkan dialog antara agama, tetapi malangnya mereka tidak. Tetapi kita tidak perlu hanya bergantung kepada mereka. Kita boleh mencetuskan tindakan sendiri,” beliau menegaskan.

Seterusnya, Mother Mangalam yang berusia 89 tahun, berkata pertubuhan beliau dilihat sebagai badan Hindu yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak dari keluarga India yang kurang bernasib baik, tetapi sebenarnya terbuka kepada semua kaum dan agama.

“Rumah Kebajikan telah menjadi terasing. Kini tiada rumah-rumah kebajikan yang bercampur seperti pada tahun 1960-an.

“Saya masih ingat baru-baru ini seorang nenek Melayu di Puchong pernah datang ke PLS meminta bantuan untuk cucunya yang telah diabaikan oleh ibu bapanya. Kami bersetuju untuk mengambilnya dan menghormati agamanya, tetapi pada hari berikutnya beberapa pegawai jabatan agama tiba dan menuntut bahawa kanak-kanak itu diserahkan kepada mereka kerana mereka takut bahawa dia akan dipaksa menjadi Hindu,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa PLS diasaskan sebagai rumah untuk golongan miskin, anak yatim dan kanak-kanak yang ibu bapa bercerai atau hasil keluarga yang tidak bertanggungjawab.

Tambah beliau, kebanyakan kanak-kanak PSL membesar dan berjaya mecebur diri dalam kerjaya seperti bidang perubatan dan perkhidmatan awam, antara lain. Pada tahun-tahun berikutnya, PLS telah berkembang menjadi sebuah institusi yang mengendalikan sekolah, klinik, dewan rekreasi dan kemudahan latihan vokasional.
ukmnewsportal-bm