Meyakinkan Graduan Untuk Mulakan Kerjaya Mereka
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman
BANGI, 12 Jan 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat multinasional dan tempatan serta badan berkanun untuk membangunkan makmal di mana pelajar akan mendapat latihan amali daripada sektor swasta bagi memudahkan mereka mendapat kerja selepas menamatkan pengajian, kata Pro Naib Canselor UKM (Penjanaan dan Prasarana) Prof Dr Nor Ghani Md Nor.
Beliau berkata Usaha ini akan dicapai melalui rangkaian yang UKM membangun dengan pemimpin industri, penggubal dasar dan media.
“Matlamat kami adalah untuk membangunkan Kumpulan Penyelidikan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBSRG) sebagai perkhidmatan penyelidikan dan pusat latihan terkemuka di Malaysia, Asia dan seterusnya. Kesan seperti ini akan dapat dicapai melalui rangkaian yang kita membangunkan dengan pemimpin industri, pembuat dasar dan media,” katanya ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) 2016.
Beliau melahirkan harapan bahawa syarikat-syarikat tersebut akan memperkayakan graduan dengan pengalaman kerja dan etika yang profesional dan kompeten.
Beliau menganggap cabaran yang paling besar kepada majikan sekarang ialah bagaimana untuk menarik dan mengekalkan bakat dengan pengetahuan khusus dan kemahiran yang diperlukan oleh syarikat-syarikat dalam Industri.
“Graduan masa depan daripada pelbagai fakulti akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan keyakinan mereka apabila bekerja dalam Industri GBS.
“UKM bertujuan untuk membangunkan GBSRG sebagai pusat latihan dan penyelidikan perkhidmatan perniagaan global yang terkemuka di Malaysia dan luar negara,” kata beliau.
Menurutnya, kursus dua hari itu juga akan berfungsi sebagai pengenalan dan pendedahan kepada industri GBS – atau Jaringan Perkhidmatan dan penyumberan luar – untuk menyediakan graduan yang lebih yakin untuk memulakan kerjaya mereka.
Katanya, beberapa syarikat GBS telah menubuhkan makmal latihan di UKM untuk menyediakan pengalaman kepada pelajar belajar, sambil memberi sumber-sumber penting untuk syarikat GBS, ahli akademik dan pelajar untuk belajar dan berkongsi pengetahuan mengenai semua aspek aktiviti GBS.
“Sebagai contoh syarikat Sigmax-E dengan sokongan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah mulakan makmal sumber di UKM. Ia adalah usaha kerjasama yang bertujuan menyediakan peluang latihan amali untuk pelajar daripada pelbagai fakulti dan untuk memastikan bahawa pelajar akan mendapat pengalaman seperti bekerja dengan firma-firma GBS yang melakukan perakaunan, perniagaan dan pemprosesan IT,” jelasnya.
Sigmax-E adalah sebuah syarikat tempatan yang melakukan perniagaan proses penyumberan luar dan perkhidmatan sokongan perniagaan.
Para penceramah pada seminar itu termasuk wakil-wakil MDeC, Shell Pte Ltd Co, Loughborough University UK dan TalentCorp, agensi yang mencari rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara untuk mempelawa mereka pulang supaya bekerja untuk syarikat-syarikat tempatan.