Minggu Keselamatan Yang Banyak Aktiviti

Untitled-1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 28 September 2015 – Kolej Kediaman Rahim Kajai (KRK)i muncul juara tempat kerja selamat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2015 bagi kategori Kolej Kediaman pada perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM ke lapan.

KRK dianugerahkan wang tunai RM1,500, sijil penghargaan dan piala, manakala  Kolej Pendeta Za’aba dinobatkan naib juara dengan hadiah Rm1,300 sambil Kolej Ibu Zain di tempat ketiga dengan ganjaran  RM1,000.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali selepas beliau merasmikan acara tersebut di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), yang menjadi tuan rumah minggu keselamatan pada 7 September lalu.

Bagi kategori fakulti, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) mendapat tempat pertama dan menerima Geran Pembaik tambahan sebanyak RM1,800, diikuti oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di tempat kedua dengan menerima geran RM1,600 manakala Fakulti Pergigian menduduki tempat ketiga dengan geran RM1,000.

Bagi kategori pentadbiran, Institut Perubatan Molekul  (UMBI) muncul juara dan dihadiahkan wang tunai RM1,200, manakala Unit Audit Dalaman mendapat tempat kedua dengan ganjaran RM1,100, sambil Unit Penasihat Undang-Undang Dan Integriti di tempat ketiga dengan sagu hati RM1,000.

Pengerusi Jawatankuasa acara tersebut Prof Dr Amran Abdul Majid berkata hanya Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang memperoleh markah 85% ke atas diperiksa oleh panel penilai.

Prof Amran dari Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan di fakulti Sains dan Teknologi berkata penilaian dilakukan selama tujuh bulan terhadap semua PTJ.

Wakil PTSL Rosnah Yusof memberitahu majlis ini julung kali perpustakaan tersebut menjadi tuan rumah acara lima hari itu.

Kata Rosnah PTSL telah menyediakan pelbagai program untuk menjayakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan ini, yang bertemakan ‘Selamat di Tempat Kerja, Sihat Sepanjang Hayat.’

Menurut beliau ceramah keselamatan seperti kesedaran bahaya Denggi dan keselamatan makanan  oleh kementerian Kesihatan dilangsungkan selepas pelancaran acara ini.

PTSL turut memuatkan program senaman dan penggunaan tenaga seperti ‘Jom Guna Tangga’ dan Senamrobik.

Selain itu, warga UKM dapat menderma darah dan menyertai kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tidak ketinggalan pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan UKM dan pertunjukan masakan sihat oleh pakar makanan terkemuka Chef Hanieliza.ukmnewsportal-bm
2

3

4

5

6

1