Nasihat Untuk Graduan

ucapan-sharifah
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 31 Okt 2015 – Penerima Anugerah Kehormat Prof Emerita Tan Sri Dato ‘ Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Tan Sri Datuk Dr Mustapha Kamal Abu Bakar menasihatkan graduan supaya tidak  menjadi sombong dan bermegah-megah kerana kelulusan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

Mereka berkata, para graduan harus merendah diri dan bermaruah apabila mencari kerja.

Para Graduan masih perlu belajar selok-belok kehidipan dan perlu membuktikan kebolehan diri, kata Prof Emerita Sharifah Hapsah, yang juga mantan Naib Canselor UKM, dalam ucap balas selepas  dianugerahkan gelaran kehormat pada  konvokesyen ke-43 UKM, di sini hari ini.

Beliau menyampaikan nasihat dalam bentuk seloka.

“Perjalanan anda sudah sampai ke batas, yang dituntut nampaknya tuntas, pagi ini semuanya berhias, langkah ke luar dengan ikhlas.

“Apa lagi nak dikata, hanya pesanan orang tua-tua, tunjuk ajar bekalan dibawa, 10 peringatan untuk hidup berwibawa,” kata beliau.

Beliau berharap mereka akan menjadi sopan dan berbudi bahasa, di samping bersedia untuk membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.

Beliau turut menasihatkan graduan supaya tidak menjadi iri hati terhadap mereka yang lebih berjaya.

“Bersaing berlumba adat dunia, siapa berkebolehan menanglah dia, jangan berhasad dengki buat angkara, mentohmahkan yang dapat tiada meganhnya, sainglah diri sendiri itu rahsianya,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Dr Haji Mustapha Kamal, yang merupakan seorang tokoh korporat, memberitahu para graduan bahawa terdapat kemahiran dan kebolehan yang tbukan diperolehi melalui pendidikan formal, yang mereka mesti belajar dengan cara lain.

“Mereka mungkin menjadi pemegang ijazah kepujian kelas satu sarjana muda, tetapi ia adalah sia-sia jika mereka tidak dapat memenuhi keperluan industri. Mereka (sektor swasta) sedang mencari orang yang mempunyai kebolehan dengan kualiti, menjimat kos dan tempoh waktu yang tepat.

“Jika anda tidak mempunyai kualiti, saya khuator ia akan menjadi masalah.

“Bukan sahaja tentang kemahiran, tetapi kemahiran menyelesaikan masalah, analisis, kemahiran kos. Kemahiran dalam bahasa Inggeris adalah satu kemestian untuk berjaya dalam perniagaan,” katanya.

Dr Haji Mustapha Kamal, yang merupakan seorang jutawan hartanah, dan pengasas Kumpulan EMKAY, memulakan kerjayanya sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat di pejabat-pejabat daerah di Selangor.

beliau tampil dalam dunia korporat sebagai Pengurus Besar Shah Alam Properties Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan dan pengurusan hartanah, dan merasa kecewa melihat ramai anak-anak muda yang mencari pekerjaan tetapi tidak mampu menghadapi cabaran.

“Pernah terjadi 330 graduan memohon pekerjaan dengan kami, tetapi kami hanya mengambil tujuh orang selepas temuduga! Sungguh mengecewakan. Tetapi saya memberikan peluang lagi kepada 74 orang lain, dan selepas beberapa siri atihan, mereka telah diterima untuk pekerjaan dan sekarang mereka agak produktif!

“Pendekata, ia bergantung kepada motivasi dan menaikkan semangat  rakyat,” katanya.

Dan nasihat tentang memilih kerjaya yang betul?

“Gembira terlebih dahulu sebelum memikirkan kejayaan, kerana mencapai kejayaan tidak semestinya bermakna menjadi gembira,” katanya.ukmnewsportal-bm
ucapan-mustafa-kamal