Keyakinan Kunci Jadi Penceramah Berkesan

Untitled-1
Oleh Engku Shariful Azni
Foto Abd Raai Othman

BANGI, 10 Mac 2016 – Keyakinan adalah kunci untuk menjadi penceramah motivasi yang cemerlang, kata Afzal Mohd Anuar, Presiden kumpulan Duta Siswazah  di Universiti Kebangsaan  Malaysia (UKM).

Afzanil, seorang pelajar  sarjana di fakulti kejuruteraan dan alam bina, berkata adalah penting bagi penceramah menjadi yakin dengan diri semasa membuat  persembahan atau ‘ideas pitching’.

Beliau menjelaskan bahawa salah satu isu yang biasa dihadapi oleh orang yang mahu memberi ucapan adalah kesukaran untuk menyatakan idea.

“Satu kerugian apabila individu itu tidak mampu menyuarakan idea yang mungkin berbeza daripada bidang yang individu itu mahir hanya kerana dia berasa malu,” katanya ketika ditemui pada majlis menyambut 1,100 pelajar pasca siswazah baru di Hari Informasi Pascasiswazah ( HIP) 2016, baru-baru ini.

Bagi Hadi Akbar, duta siswazah yang berucap di majlis tersebut, beliau menegaskan kepentingan mempunyai struktur idea yang baik dan berbincang dengan rakan-rakan untuk menentukan mesej yang jelas dan sesuai untuk sesuatu topik.

Hadi berkata Duta Siswazah didedahkan kepada pelbagai jenis program dan seminar bukan sahaja untuk membangunkan kemahiran insaniah dan membina keyakinan, tetapi juga untuk meguatkan tali silaturrahim dengan universiti dan agensi berkaitan dengan UKM.

Duta Siswazah UKM ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah Pusat Siswazah untuk membantu dalam penganjuran acara universiti dan menyediakan Jelajah Kampus untuk tetamu UKM di samping memberi nasihat kepada pelajar-pelajar baharu dan bakal pelajar UKM.ukmnewsportal-bm