Negara Costa Rica Sebagai ‘Teladan’ Bagi Kesejahteraan

1

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto  Shahiddan Saidi

BANGI, 2 April 2016 – Costa Rica, sebuah negara Amerika Tengah disempadani oleh Nicaragua dan Panama, adalah contoh negara membangun yang aman walaupun tiada angkatan tentera, kata Menteri Luarnya Manual A Gozales Sanz.

Sanz berkata negaranya memberi keutamaan kepada pembangunan sosial dan ekonomi dan menggunakan kaedah diplomasi untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dengan negara jiran.

“Ketiadaan angkatan tentera, membolehkan Costa Rica menggunakan wang negara untuk pelaburan lain di samping melengkapkan pasukan polis negara dengan cara yang terbaik,” katanya dalam ceramah beliau di siri Global Talk Series bertajuk Demokrasi Costa Rica Tanpa Senjata Dan Kesan Terhadap Dasar Luar, yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Costa Rica, menurut Sanz, Rica memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dan ekonomi supaya ia mampu berdaya saing sebagai destinasi perniagaan luar pesisir seperti Malaysia, India, Filipina dan Poland.

Tambahnya, Costa Rica mencatat prestasi yang membanggakan dalam Indeks Pembangunan Manusia, pada tangga ke-62 di dunia pada tahun 2012,  antara yang tertinggi dalam kalangan negara Amerika Latin.

Selain itu, Sanz berkata sejak tentera dibubarkan oleh perlembagaan pada tahun 1949, Costa Rica telah berjaya membendung pemberontakan bersenjata dan rampasan kuasa – seperti yang dilanda oleh negara-negara jiran di Amerika Tengah dan Selatan – daripada berlaku.

Menurut beliau, Costa Rica telah menubuhkan unit sempadan polis gerak khas pada tahun 2010 untuk mempertahankan sempadan negara.ukmnewsportal-bm
2

3

4