Pakar Perubatan UKM Terima Anugerah Antarabangsa
Oleh Asmahanim Amir
BANGI, 9 Disember 2016 – Pakar perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof To’ Puan Dr Nordiah Awg Jalil, Prof Dr Christopher Ho Chee Kong and Prof Dato’ Dr Lokman Saim telah membanggakan UKM apabila sumbangan mereka dalam bidang perubatan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Prof. To’ Puan Dr. Nordiah Awg Jalil, menerima Anugerah Biasiswa Antarabangsa Society for Healthcare Epidemiology of America (SHEA), sebagai pengiktirafan kepada kepakaran beliau dalam pencegahan jangkitan dan kawalan penyakit di Malaysia.
Sebagai salah seorang daripada pemimpin pendapat utama dalam isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan penyakit berjangkit, Prof. Dr. Nordiah telah terlibat dengan pelbagai inisiatif yang berkaitan untuk mencegah jangkitan dalam penjagaan kesihatan terutamanya kebersihan tangan WHO.
Prof. Dr. Nordiah adalah Perunding Kanan Mikrobiologi dan Ketua Unit Kawalan Jangkitan, PPUKM.
Beliau sangat aktif dalam bidang kesihatan epidemiologi dan kawalan jangkitan, dan pernah menerima Anugerah Maal Hijrah atas pencapaian cemerlang dalam penyelidikan dan pembangunan.
Turut cemerlang dalam perubatan antarabangsa adalah Technologist in Residence, UKM, Prof Dato’ Dr Lokman Saim, yang telah menerima Anugerah Kemanusiaan Antarabangsa untuk Perkhidmatan Awam 2016 daripada American Academy of Otorhinolaryngology – pembedahan asas kepala dan leher, iaitu badan profesional yang tertinggi mewakili pembedahan telinga, hidung dan tekak (Otorhinolaryngology) dari Amerika Syarikat.
Antara pencapaian beliau di UKM ialah apabila dia membawa sekumpulan pakar perubatan professional tempatan termasuk pakar bedah, pakar pendengaran dan Jurupulih Pertuturan untuk melakukan pembedahan implan koklea pertama di Malaysia dan Asia Tenggara pada bulan Disember 1995.
Beliau adalah pakar ENT yang pertama di Wilayah Selatan Asia Timur yang menrima anugerah itu. Prof Dr Lokman Saim juga merupakan mantan Dekan Fakulti Perubatan UKM.
Sementara itu, Prof Madya Dr Goh Christopher Ho Chee Kong menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tetamu Antarabangsa daripada American College of Surgeons.
Dengan pengkhususan dalam bidang Urologi, komitmen yang diberikan oleh Prof Madya Dr Ho dalam pengajaran dan penyelidikan membolehkan beliau menjadi salah seorang daripada 12 penerima yang dipilih daripada sekumpulan pemohon yang sangat kompetitif.