Pasukan Wanita Tebus Maruah UKM Pada Kejohanan Boling Tenpin IPT 2015
Oleh Asmahanim Amir
Foto SukIPT
BANGI, 22 Dis 2015 – Pasukan Boling wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul naib juara dalam dua kategori pada Kejohanan Boling Tenpin IPT 2015, dengan menduduki tempat kedua bagi acara berpasukan wanita dan Masters.
Walau bagaimanapun, pasukan lelaki UKM tidak mencapai apa-apa kedudukan bagi mana-mana kategori pun.
Universiti Teknologi Mara (UiTM), pula, mengungguli Kejohanan tersebut apabila meraih Johan keseluruhan bagi pertandingan itu yang diadakan di Ampang Boling di sini bermula pada 7 hingga 10 Dis lepas.
Kejohanan tersebut telah disertai oleh 11 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).
Selain itu Universiti Malaysia Terengganu (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Multimedia (MMU), Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat (KPTM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut mengambil bahagian.
Berikut adalah keputusan keseluruhan kejohanan tersebut:
Kategori Perseorangan Wanita
Johan – UPSI
Naib Johan – UiTM
Ketiga – UMP
Kategori Perseorangan Lelaki
Johan – MASKOM
Naib Johan – UiTM
Ketiga – UiTM
Kategori Beregu Wanita
Johan – UiTM
Naib Johan – UiTM
Ketiga – MMU
Kategori Beregu Lelaki
Johan – UTHM
Naib Johan – MASKOM
Ketiga – UiTM
Kategori Team Event Wanita
Johan – UiTM
Naib Johan – UKM
Ketiga – MASKOM
Kategori Team Event Lelaki
Johan – UiTM
Naib Johan – UPSI
Ketiga – MASKOM
Kategori All Event Wanita
Johan – MMU
Naib Johan – UiTM
Ketiga – UPSI
Kategori All Event Lelaki
Johan – MASKOM
Naib Johan – UiTM
Ketiga – UiTM
Kategori Master Wanita
Johan – UiTM
Naib Johan – UKM
Ketiga – UiTM
Kategori Master Lelaki
Johan – UiTM
Naib Johan – UPSI
Ketiga – MASKOM
Kejohanan Tenpin Boling IPT 2015 merupakan acaran tahunan KPT dan UKM telah dipilih menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Hazally Jali.