Pelajar ASASIpintar UKM Cemerlang di IBO, Hanoi
Oleh Nastura Nasir
Gambar ASASIpintar
BANGI, 3 Ogos 2016 – Pelajar Program ASASIpintar UKM, Soh Wei Yan, berjaya merangkul pingat gangsa dalam Pertandingan Olimpiad Biologi Antarabangsa (IBO) ke-27, di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.
IBO adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan pada setiap tahun di antara negara-negara ahli IBO.
Pertandingan tersebut bertindak sebagai platform untuk menghimpunkan pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang Biologi dari seluruh pelusuk dunia.
Tahun ini sebanyak 72 negara ahli dengan jumlah 253 orang pelajar telah menyertai pertandingan IBO.
Para peserta diuji dalam dua aspek iaitu teori dan prkatikal. Kedua-dua bahagian tersebut telah menilai kecekapan mereka dalam penguasaan dan penggunaan Biologi dalam dunia sebenar.
Seorang lagi pelajar dari ASASIpintar UKM, Lee Yee Seng serta dua pelajar dari Kolej Sunway dan Sekolah Menengah Sains Selangor turut terpilih untuk mewakili Malaysia di dalam pertandingan tersebut.