Pelajar UKM Dinobat Pembahas Terbaik Parlimen Mahasiswa 2016
Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat khidmat Siswa
BANGI, 28 Julai 2016 – Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zainal Asnawi Asyraf telah melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Parlimen Mahasiswa 2016.
Beliau yang merupakan Speaker Majlis Perwakilan Pelajar UKM telah berjaya mengetepikan 120 pemimpin pelajar dari 26 Universiti Awam dan Swasta dalam Persidangan Parlimen Mahasiswa yang diadakan selama 3 hari bermula 26 Julai lepas di Parlimen Malaysia.
Zainal Asnawi, pelajar tahun tiga Fakulti Undang-Undang telah membentangkan usul ‘Peranan Mahasiswa dalam Mengekang Ekstremisme’.
Kejayaan beliau telah melayakkannya menerima wang tunai RM1,000, buku, plak dan peluang untuk menghadiri Latihan Kepimpinan di University Oxford selama tiga hari. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malasyia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Najwa Ahmad Zawawi berkata bakat Zainal Asnawi dikesan semasa beliau mewakili koleh dan university dalam pertandingan debat pada tahun 2013.
“Alhamdulillah, kami di Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan sentiasa memberi peluang kepada pelajar dalam menonjolkan bakat masing-masing,” katanya.