Pendekatan Inovatif Untuk Menguasai Bahasa Inggeris
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 2 Disember 2015 – Kira-kira satu ribu pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menghadiri kelas bahasa Inggeris mereka hari ini, sebaliknya menjalankan kegiatan amali dan tugas-tugas bermanfaat untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Dikenali sebagai Braveheart S2, pelajaran satu hari itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti Drama, Teater, Masakan, berpidato , menjual idea, permainan, nyanyian, malahan ada juga penyeleksaian kes pembunuhan olok-olok – semuanya dilakukan dalam bahasa Inggeris.
Dianjurkan oleh Pusat Citra UKM, para pelajar yang mempunyai markah ujian Bahasa Inggeris universiti (MUET) yang kurang memuaskan, bertutur dalam pelbagai senario yang mereka sendiri mencadangkan kepada pihak pengurusan.
“Daripada pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas, mereka melakukannya melalui pelbagai aktiviti. Jadi, aktiviti pengalaman hidup sebenar,” kata Nor Hasni Mokhtar, salah seorang guru Bahasa Inggeris di Citra.
Beliau berkata, kesemua pelajar yang sepatutnya telah menghadiri kelas biasa bahasa Inggeris hari ini, datang ke Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh di mana semua aktiviti telah diaturkan.
Beliau berkata Braveheart S2 adalah wajib bagi mereka yang berada di dua kategori terendah MUET, yang semuanya ada enam peringkat.
Sebahagian besar pelajar adalah siswa/siswi dari tahun pertama dan kedua.
“Pelajar kami adalah dari semua fakulti yang perlu memenuhi 2 jam kredit mandatori kursus Asasi Bahasa Inggeris. Kami berharap dengan adanya perubahan kepada corak pembelajaran yang agak seronok, usaha ini berbaloi. Kami pernah mencuba pelbagai cara untuk menarik minat para pelajar. Jadi, saya berharap ini akan berjaya.
“Sebenarnya aktiviti-aktiviti ini adalah idea pelajar. Mereka mencipta proses,” jelas beliau.
Bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang, pelajar tiba untuk mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti pilihan mereka,.
Kini masuk tahun kedua, Citra merancang program Braveheart S2 yang lebih luas jika markah ujian bahasa Inggeris bertambah baik selepas sesi ini.
“Kami sangka untuk pergi mengembangkan sayap Braveheart ke peringkat antarabangsa. Sebenarnya, kami mencadangkan bahawa pelajar kita berinteraksi dengan pelajar antarabangsa. Tahun depan, Braveheart akan diadakan di sekolah-sekolah di kawasan Bangi dan juga di peringkat negeri. Dengan cara ini, kami juga berharap untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar di sekolah-sekolah luar bandar,” kata guru bahasa tersebut.
Sebelum itu, ketika melancarkan Braveheart S2, Pengarah Citra Prof Dr Khaidzir Hj Ismail menggesa peserta mengubah sikap mereka terhadap bahasa Inggeris.
“Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda tidak bermakna bahawa anda melupakan bahasa ibunda anda. Apa yang berlaku ialah pintu peluang terbuka dengan lebih luas dari segi kerjaya dan akses kepada maklumat, yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.
“Bahasa pengantar di UKM masih bahasa Melayu. Tetapi anda juga perlu merujuk kepada banyak maklumat dalam bahasa Inggeris,” tegas beliau.
Tambahnya, banyak data saintifik dan teknikal disimpan di dalam Bahasa Inggeris.