Pengalaman Berharga Pelajar Fakulti Undang-Undang Masuk Pertandingan Akhir Balas Pantun

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 10 Mei 2016 – Walaupun tidak pernah menyertai pertandingan pantun sebelum ini, ia tidak menjadi penghalang kepada Mohd Naufal Mohd Nasrollah Antezem melaykkan diri ke Pertandingan Akhir Berbalas Pantun Harta Intelek

Mohd Naufal yang merupakan pelajar tahun tiga Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menyangka percubaan pertamanya dalam pertandingan pantun telah melayakkannya terpilih bersama tujuh peserta lain ke peringkat akhir yang diadakan di Panggung Seni bati-baru ini.

Beliau bersama tiga lagi rakan mewakili UKM dalam pertandingan ini dan selepas saringan dibuat, hanya Naufal sahaja yang layak ke pertandingan akhir bersama tujuh lagi peserta lain yang mewakili pelbagai organisasi.

“ Saya hanya belajar pantun semasa berada di sekolah menengah dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan pantun sebelum ini,” katanya kepada Portal Berita UKM selepas tamat pertandingan tersebut.

Walaupun tidak menang, ia adalah cabaran dan pengalaman baru dan peluang kepadanya menonjolkan bakat berpantun.

Pertandingan pantun kali ini tidak sama seperti pertandingan-pertandingan pantun yang sering diadakan

Peserta perlu berbalas pantun dalam bentuk teater dan beliau sangat tertarik dengan peluang ini untuk memaparkan bakat berlakon.

Perubahan tersebut dibuat oleh Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Kata beliau konsep pantun bersketsa ini adalah spontan, berbentuk teater dan  menguji kepantasan peserta berpantun.

Pertandingan Berbalas Pantun Harta Intelek disertai oleh 24 peserta yang mewakili pelbagai organisasi selama dua hari, iaitu peringkat bengkel dan saringan diadakan di Rumah GAPENA manakala peringkat akhir diadakan di UKM.ukmnewsportal-bm

2

3