Penyanyi Popular Meriahkan Karnival Konvokesyen UKM

4
Oleh Rayven Raj
Gambar oleh: Izwan Azman

BANGI, 5 November 2016 – Penyanyi popular, Siti Nordiana Alias, 31, menyerikan lagi Majlis Perasmian Karnival Konvokesyen UKM ke-44 dengan mempersembahkan dua buah lagu terkenal beliau di Dataran Panggung Seni, UKM, pada 3 November 2016.

Beliau, yang juga dikenali dengan gelaran Nana, mempersembahkan lagu yang bertajuk “Putus Terpaksa” dan sebuah lagi lagu duet yang bertajuk “Memori Berkasih” yang disambut hangat oleh para yang hadir.

“Saya bersetuju membuat persembahan di sini sebagai tanda sokongan terhadap program anjuran para pelajar,” kata Nana.

Nana, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan mula menceburi industri muzik ketika berusia 15 tahun dan nama beliau kembali meningkat naik selepas dinobat juara Gegar Vaganza, musim ke-2, 2015.

Karnival Konvokesyen adalah salah satu acara tahunan UKM, dan pada tahun ini beberapa artis tempatan seperti Khai Bahar, Tasha Manshahar, Tomok dan Tam Spider telah diundang untuk membuat persembahan, di pesta yang akan berlangsung sehingga 8 November 2016.ukmnewsportal-bm